“Sungguh kejam!” Badan Tertusuk Anak Panah, Kucing Cedera Dipercayai Dipanah Buat Ramai Berang!

Isu mendera kucing bukanlah satu perkara yang baharu susulan pelbagai kes aniaya yang dapat kita lihat sebelum ini di media sosial seperti membaling batu bata ke kepala kucing sewaktu sedang makan sehingga menggelupur, menembak kucing dengan senapang angin sehingga perut kembung dipenuhi nanah, menampar kucing sehingga jatuh dari tempat tinggi, malah ada juga yang mengikat leher kucing di dalam bangunan yang terbiar tanpa makanan.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, dimana seekor kucing berwarna oren ditemui dengan anak panah tertusuk di belakangnya dipercayai dipanah oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Difahamkan oyen memerlukan rawatan secepat mungkin oleh kerana tusukan anak panah itu.

Menurut laporan Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), mereka telah menerima aduan tersebut yang dipercayai berlaku di sebuah taman di Pusat Bandar Puchong.


“Haiwan juga makhluk Tuhan, sama seperti kita. Sebagaimana kita tidak mahu berbuat jahat kepada orang lain, haiwan juga berhak untuk menerima perhatian dan kasih sayang yang sama dari manusia.”

“SAFM mengutuk perbuatan ini yang boleh membunuh haiwan. Sebarang bentuk penganiyaan terhadap haiwan merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan perlu dibanteras sehingga ke akar umbi,” tulis mereka.

Dalam masa yang sama, pihak SAFM juga memohon jika sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut supaya tampil agar pelaku kezaliman terhadap kucing tidak berdosa ini ditangkap dan didakwa.

“Sebarang perilaku tidak berkemanusiaan terhadap haiwan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.”

“Pelaku boleh dihukum penjara maksimum 3 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali,” jelas mereka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang bertindak diluar kawalan sehingga sanggup menganiaya binatang.

Bukan itu sahaja, netizen juga menanggap kejadian ini satu perkara yang melampaui batas dan pelaku perlu dihukum atas kesalahannya menzalimi haiwan.

Antara komen warga maya:



Perkongsian yang tular di Facebook: