[VIDEO] Gara-Gara Dakwaan ‘HIV Hukuman Daripada Tuhan’, Penolong Pegawai Perubatan Ini Dikecam

HIV atau nama sebenarnya Human Immunodeficiency Virus atau dalam bahasa Melayu yang bermaksud virus kurang imun manusia.

Penyakit ini adalah sejenis lentivirus yang menyebabkan jangkitan HIV. Jangkitan HIV yang tidak dirawat akan progres menjadi AIDS.

Penyakit ini juga akan menyebabkan daya imunisasi atau daya ketahanan seseorang menjadi begitu lemah sehingga tidak dapat melawan jangkitan kuman dan mengekang perkembangan sel-sel kanser.

Tanpa rawatan, seorang pesakit yang dijangkiti HIV dijangka mempunyai jangka hayat yang pendek bergantung kepada subjenis HIV.

Jangkitan HIV ini disebar melalui darah, dan cecair di bahagian sulit manusia.

Baru-baru ini tular di twitter tentang seorang penolong pegawai perubatan yang dikecam netizen kerana dia didakwa mengatakan mereka yang dijangkiti penyakit HIV adalah sebahagian daripada hukuman tuhan.

Hal tersebut telah membuatkan netizen bengang dengan kenyataan yang dibuatnya seolah-olah mengambil kerja tuhan dan mematahkan semangat pesakit HIV diluar sana untuk terus hidup melawan virus itu.

Bukan itu sahaja, kecaman hebat netizen yang dilemparkan kepadanya itu telah membuatkan dia menutup akaun tiktoknya sehari selepas video tersebut tular di media sosial.

Mohd Izham yang merupakan seorang penolong pegawai perubatan di sebuah klinik kesihatan membuat dakwaan yang tidak wajar dan tidak boleh diterima netizen walaupun baginya itu adalah teguran buat masyarakat.

Malah dakwaan keterlaluannya itu telah menyebabkan ada netizen yang membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk diambil tindakan.

Menerusi video yang tular itu, Mohd Izham sedang menceritakan pengalamannya merawat seorang pesakit lelaki yang mempunyai masalah kemaluan akibat daripada perbuatan seks bebas yang dilakukan sebelum ini dan dia didapati positif HIV.

Selepas menceritakan pengalaman itu Izham bertindak untuk memberi nasihat namun nasihatnya itu terpesong dan menyebabkan salah faham netizen.

“Tuhan menciptakan HIV sebagai hukuman bagi mereka yang telah melakukan hubungan seks di luar nikah,”

Video itu telah mendapat perhatian seorang doktor yang mengatakan bahawa apa yang disampaikan oleh Izham itu adalah baik namun apabila dia bertindak menghukum pesakitnya itu adalah perkara yang salah dalam etika seorang pengawai perubatan.

“Sebagai pengamal perubatan, kita tak patut jatuh hukum dekat seseorang, lagi-lagi kalau kita cakap benda tu betul-betul depan pesakit yang sedang kita rawat.” kata doktor tersebut.

Video tular di laman Twitter