Lebih Laju & Berkuasa, Exabytes Perkenalkan Litespeed WordPress Hosting Terbaru

Di Malaysia sekarang ada banyak syarikat penyedia web hosting, tidak kiralah dari harga murah sampailah untuk golongan bangsawan.

Bagi pemilik perniagaan ataupun blogger yang mahu membina laman web, pastinya mahukan servis yang terbaik setanding dengan harga yang ditawarkan.

Dalam memilih pakej hosting yang terbaik ini, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan agar tidak menyesal di kemudian hari.

Well-established Company

Pertama sekali, dengan lambakan penyedia hosting, pastinya ramai yang bermain harga dengan menawarkan pakej yang murah.

Namun, satu perkara yang perlu dititikberatkan adalah kekukuhan syarikat penyedia tersebut.

Bayangkan jika anda sudah menyiapkan laman web dan sudah beroperasi, tetapi tiba-tiba tidak dapat diakses dan syarikat penyedia tidak dapat dihubungi kerana tidak cukup staf.

Lebih malang lagi jika syarikat penyedia hanyalah reseller dan menutup terus perniagaannya secara tiba-tiba.

Jadi sebelum membuat sebarang keputusan, pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu bagi mendapatkan khidmat syarikat penyedia hosting yang berpengalaman dan kukuh kerana dengan pengurusan dan staf yang cukup mereka mampu menyediakan servis dan support yang lebih baik.

Exabytes Litespeed WordPress Hosting

Bagi anda yang masih tidak tahu untuk memilih syarikat penyedia hosting, kami cadangkan anda menggunakan khidmat Exabytes.

Exabytes yang merupakan syarikat penyedia hosting sejak tahun 2001 telah melancarkan satu pakej terbaru iaitu Litespeed WordPress Hosting.

Terdapat 4 pakej yang ditawarkan bermula dengan harga serendah RM9.99 sebulan iaitu WP12 Beginner, WP12 Business, WP12 Ecommerce dan WP12 Ultimate.

Team YOY Network telah berpeluang mencuba pakej WP 12 Business di mana ianya meliputi ciri-ciri berikut:

  • PERCUMA daftar 1 domain (.com, .com.my & .my)
  • Dibenarkan untuk host 90 website & 90 akaun emel.
  • Storan pantas SSD sebanyak 90GB.
  • Web server yang digunakan adalah LiteSpeed.
  • Money back Guarantee 100 day

Prestasi Exabytes Litespeed WordPress Hosting

Setakat beberapa minggu menggunakan pakej WP12 Business ini, prestasi pakej ini boleh disimpulkan kepada beberapa points berikut:

  • Kelajuan – Menggunakan webserver Litespeed dan storan SSD, pakej ini sememangnya mampu memberikan kelajuan walaupun hanya optimization yang sangat minima dilakukan.
Ujian Performance Google Pagespeed Insight

 

Ujian Performance GTmetrix
  • Uptime – Dengan jaminan 99.99% uptime server, sehingga setakat ini website kami tidak pernah down ataupun tidak dapat diakses.
  • Mesra pengguna – Hosting ini menggunakan Plesk sebagai panel antaramuka. Kelebihan Plesk adalah ianya sangat mudah digunakan dan mesra pengguna terutamanya bagi pengguna yang kurang berpengalaman. Namun bagi kami yang biasa menggunakan cPanel merasa agak canggung menggunakan Plesk.

Rumusan

Litespeed WordPress Hosting dari Exabytes ini boleh dikatakan agak sempurna bagi anda yang mahukan prestasi terbaik pada harga berpatutan.

Malah, ianya juga sangat sesuai bagi anda yang baru membina laman web kerana mempunyai features yang sangat memudahkan dan senang difahami.

Jika anda berminat, silakan menjengah ke laman web Exabytes dan buat perbandingan sendiri.