“Lailer dan Jekfer is back!!” Drama Kampung People Musim 2 Kini Dalam Pembikinan

Drama Kampung People di Slot Lestary TV3 mendapat perhatian ramai apabil siri ini mula ditayangkan.

Drama ini membariskan watak Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Hun Haqeem, ‎Nur Qamarina Diana binti Zulreal dan Kamarul Eqifshah sebagai watak utama ternyata mendapat tempat di hati penonton.

Kampung People musim ke 2

Ramai yang mengharapkan drama ini kembali ditayangkan dan akhirnya Kampung People musim ke-2 kini dalam proses pembikinan.

Difahamkan, berita ini diumumkan sendiri oleh pengarah merangkap pencipta drama ini, Wan Hasliza Wan Zainuddin di laman Twitter milik beliau.

“Kampung People season 2 is in progress #KampungPeople”

Jika anda tidak pernah menonton drama ini, ia mengisahkan mengenai Razif dan keluarganya yang terpaksa menukar identiti mereka.

Pindah ke bandar kerana diburu

Mereka sekeluarga telah berpindah ke kampung bagi mengelak daripada diburu sekumpulan penjenayah.

Gelagat keluarga ini mencuit hati penonton dengan lakonan mereka yang bersahaja dan kekuatan setiap watak dalam cerita ini.

Mengetengahkan kehidupan baru mereka dikampung yang berbeza dari kehidupan asal keluarga ini memberikan keunikan dalam drama berkenaan.

Sesuai ditonton seisi keluarga

Jalan cerita yang ringkas dan barisan pelakon yang berjaya menyampaikan watak dengan baik serta drama yang penuh dengan adegan kekeluarga membuatkan drama ini sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

Selain itu, drama ini mendapat pujian para penonton yang terhibur dengan telatah lucu mereka.