[VIDEO] Tular Suri Rumah Depresi, Peguam Ini Dedah Ramai Wanita Nak Cerai Sebab Suami Lepas Tangan

Beberapa hari lepas, tular sebuah video mengenai wanita yang bergelar ibu iaitu Bunga Ayu Dewi tampil mendedahkan kebenaran mengenai masalah depresi yang dialami suri rumah tangga yang jarang dipandang oleh orang ramai.

“kau boleh sahaja cinta setengah mati pada anakmu, ingin memberikannya semua hal terbaik di dunia tetapi untuk menguruskannya siang dan malam adalah sangat melelahkn dan menghilangkan semangat” katanya melalui kapsyen di dalam video

“ibu rumah tangga lebih cenderung terkena depresi berbanding ibu yang bekerja”

“depressi ibu rumah tangga bukanlah hal yang boleh dianggap remeh.. memerlukan kerjasama dari suami dan masyarakat agar si ibu merasa lebih baik secara emosional” ujarnya lagi.

“saling support ya, jangan membanding-bandingkan sesama moms..kita tidak pernah tahu masalah apa yang sedang dihadapi para moms, Stop mom shaming.. support each others

Ekoran video yang tular itu, ianya mendapat perhatian ramai termasuklah seorang Peguam Syarie, yang dikenali dengan nama Atikah untuk mengulas lanjut tentang isu ini.

Menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, Atikah berkata masalah ini memang benar berlaku.

Difahamkan, rata-rata klien wanita yang datang mengfailkan kes penceraian adalah disebabkan tidak mendapat kerjasama daripada suami dalam tugasan rumah tangga.

Tambahnya lagi, permasalahan sebegini berpunca dari suami yang menyerahkan tanggungjawab bulat-bulat kepada isteri.

Sebelum ini, ada seorang warga netizen yang memandang remeh degan wanita tersebut dan menyifatkan wanita itu ‘lembik’ dan mendakwa wanita itu sengaja ‘claim’ depression semata-mata untuk content.

Bagai tiada hati perut, lelaki ini juga turut melarang wanita ini untuk mengandung dan mendoakan perkara yang tidak baik buat wanita ini.

Berang dengan pendapat ‘cetek’ dan tidak bernas itu, Atikah tampil mengemukan hujah bahawa si isteri akan dikenakan hukum nusyuk apabila menolak ajakan suami melakukan hubungan intim. Oleh sebab itu, menjadi seorang isteri bukan semudah seperti yang diperkatakan.

“Senang cakap kalau depress jangan buat anak tapi nanti kalau tolak ajakan suami, kata nusyuz pula. Akhirnya, isteri juga jadi mangsa. Tolak buat hubungan kelamin di kata nusyuz, bila mengandung, beranak, pantang, jaga anak, isteri juga sorang-sorang buat.”

“Jadi isteri ini bukan mudah ya seperti dikatakan. Syurga pada suami, tapi kadang-kadang ada yang tak bernasib baik terasa seperti di neraka.” ujarnya lagi

Video yang tular :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Ayu Dewi (@bungaaayu)

Menguruskan anak-anak dan rumah tangga seringkali diletakkan di bahu isteri namun itu tidak bermakna suami kena lepas tangan. Sebaliknya suami isteri harus berganding bahu dan sama-sama membesarkan dan melakukan kerja rumah bersama.