Kucing Menderita Perut Besar Berisi Nanah, Rupa-Rupanya Mangsa Tembak Senapang Angin Buat Netizen Berang

Tidak kira lah agama apa sekalipun, tetapi semua menegaskan untuk berbuat baik bukan sahaja sesama manusia malahan haiwan juga.

Namun pada masa kini, ianya seolah-olah tidak dipraktikkan apabila ada yang tidak berhati perut menganiaya haiwan. Sering kali kita lihat di media sosial kucing ditendang, dipijak. Anjing dipukul dan sebagainya.

Terkadang hairan, manakah sifat keperimanusiaan seorang insan terhadap binatang yang tidak berdosa?

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor kucing berwarna putih bertompok oren mengalami masalah perut yang membesar hingga kelihatan mengerikan. Lihat lah si bulus ini yang sememangnya sukar untuk berjalan.

Bagaimana pun, terdapat seorang individu yang juga merupakan pemilik pusat perlindungan haiwan iaitu dikenali sebagai Rumah Singgah Clow menyelamatkan kucing malang tersebut.

Apabila dibawa bertemu pakar, barulah mereka mengetahui bahawa perut kucing ini dipenuhi nanah, didakwa ditembak oleh individu tidak bertanggungjawab dipercayai menggunakan senapang angin.

Kucing ini akhirnya berjaya diselamatkan melalui pembedahan. Ketika nanah dikeluarkan daripada perutnya, doktor turut menemui 3 butir peluru yang dikesan lebih awal melalui imbasan x-ray.

Menurut sumber, si bulus ini akan dijaga oleh seorang individu yang baik hati. Bagaimanapun, kucing ini hanya akan bertemu dengan tuan baharunya selepas tempoh rawatannya berakhir.

Video yang tulardi laman Instagram:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan rasa syukur bilamana ada insan yang baik hati membantu kucing tersebut malah gembira melihat update terkini daripada mereka tentang si bulus itu.

Berikut merupakan komen warga maya:

‘Terima kasih bagi info tentang kucing ni..terima kasih semua orang baik yang sudah menolong si putih..”


“begitu menderitanya dirimu.. buat laporan polis..”

“saya cuma minta keadilan dalam bulan suci ini..”