[VIDEO] Teruja Jumpa Motosikal Roda Tiga, Sarah Jerit Sepah Lalalitamplom Buat Netizen Terhibur

Sebelum bertukar nama ke Sepahtu, kumpulan lawak Sepah sebelum ini yang terdiri daripada Jep, Shuib dan Mamat sering tampil dengan lawak yang mencuit hati.

Pastinya peminat kumpulan lawak Sepah masih mengingati rancangan komedi mereka berjudul Bujang Sepah Lalalitamplom.

Bujang Sepah Lalalitamplom 

Gandingan mantap ketiga-tiga pelawan ini pernah menjadi fenomena yang menghiburkan orang ramai.

Rancangan Bujang Sepah Lalalitamplom padat dengan pelbagai gelagat lucu mereka bertiga bersama motosikal kesayangan roda tiga yang menjadi trademark cerita itu.

3 lelaki mirip Bujang Sepah

Menerusi perkongsian dilaman sosial Instagram, Siti Sarah berjumpa dengan sebuah motosikal beroda yang dinaiki 3 lelaki mirip Bujang Sepah.

Video tersebut memaparkan Siti Sarah teruja apabila dapat melihat Bujang Sepah Lalalitamplom dan turut memberitahu mereka mirip Bujang Sepah.

 

View this post on Instagram

 

sombong betul .. tak baik jadi artis sombong! bujang sepah si laili tamplom

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Melihat video berkenaan, tiga orang jejaka menaiki motosikal roda tiga yang seiras seperti kumpulan Sepah itu.

Ramai yang masih ingat Bujang Sepah Lalalitamplom

Selepas dimuat naik video berkenaan, Siti Sarah tidak menyangka rupa-rupanya orang ramai masih ingat akan rancangan komedi yang dilakonkan oleh suaminya itu.

Nampaknya, tiga jejaka sporting itu yang dilihat turut menyapa isteri Shuib membuatkan orang ramai turut berdekah menonton video dikongsikan tersebut lalu meninggalkan pelbagai reaksi lucu diruangan komen.

Selain itu, perkongsian Siti Sarah membuatkan netizen menggamit memori akan rancangan komedi kegemaran mereka itu.