Asbab Kerap Menghadap Gajet, Ibu Pilu Anak Usia 4 tahun Kena Bell’s Palsy

Bell’s Palsy merupakan suatu keadaan di mana terjadinya kelumpuhan sementara pada otot wajah. Ia terjadi kerana saraf yang mengawal otot wajah menjadi bengkak atau keradangan menyebabkan saraf tersebut gagal berfungsi.

Perkara ini selalunya melibatkan sebelah bahagian sahaja iaitu sama ada sebelah kiri mahupaun kanan. Ia akan menyebabkan bahagian muka yang mengalami masalah tersebut lumpuh dan tidak bergerak.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorag budak perempuan berdepan situasi sukar apabila terkena penyakit Bell’s Palsy.

Menurut sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook Farhah Amir, difahamkan budak perempuan berusia 4 tahun yang dikenali sebagai Nur Aileen Faqeeha diserang bell’s palsy akibat tekanan pada saraf kerana gajet.

“My pretty baby. Mama cried inside. Pray for baby. Dia ni tak macam abang Ariq. Apa-apa tak bagitahu mama. Independent konon. Mungkin hari ini dah empat hari kena bell’s palsy. Baru 4 tahun.”

“Sebenarnya, lebih rasa bersalah. Mama sibuk kerja lepastu tinggal dia dekat rumah siap bagi tab. She addicted with tiktok. Selalu tidur lewat sebab tengok tiktok.”

“Sebelum ada Aniq, kami tidur bergelap. Bila tutup semua lampu, dia orang dah faham yang tak boleh telefon atau tab. Kena baca doa dan tidur.”

“Tapi sejak ada Aniq, memang satu lampu depan toilet akan terpasang. Baby akan tengok tab atau telefon mama hala dekat lampu tu. Dah masuk empat bulan la macam ni.”

“Tuptup Allah nak tunjuk kali ni, mama lupa yang biasa buat tiap-tiap malam dengan abang dan baby sebelum tidur. Mama biar abang dengan baby tidur sendiri. Mama biar abang dengan baby mandi sendiri.”

“Alhamdulillah, syukur Allah tegur awal-awal. Semoga baby diberikan kesembuhan. Mama sedih sebab macam-macam baca dekat Google. Mama kena kuat.”


KEPUTUSAN YANG POSITIF DARI DOKTOR, RADANG PADA SARAF MUKA

“Alhamdulillah. Semua yang positif dari doktor. Doktor cakap nasib mama datang cepat. Ada parents yang sanggup pegi ngurut dekat luar sebab percaya yang bells palsy ni stroke macam dewasa.”

“Dari explanation doc tadi, within 72hr masih boleh diberi ubat dan bells palsy ni berlaku sebab radang di salah satu saraf kat muka.”

“Mama tanya doc, punca berlaku ni sebab tengok tab dalam tempoh yang lama ke? Doc cakap bergantung pada kanak-kanak. Tapi bells palsy ni sebab saraf. Aware dengan kecederaan anak terutama bahagian telinga dan wajah. So, doc on steroid untuk sebulan dan refer pada klinik pakar mata.”

“Allah menegur dlm byk cara.. Kite je jgn lalai.. Allah tegur sbb Allah sayang kite.. Bersangka baik dgn teguran Allah.. ”

Semoga dengan perkongsianini dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada ibu bapa dan penjaga di luar sana untuk memantau anak-anak daripada penggunaan gadget yang melampau.