Aeril & Wawa Beri Air Percuma, Pasangan Ini Kongsi Rezeki Dengan Orang Ramai Raih Pujian Netizen

Siapa sahaja yang tak kenal pasangan selebriti popular ini, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bukan?

Iospital phone repair gombak

Pasangan ini merupakan pengasas kosmetik tempatan popular iaitu Wawa Cosmetics, dan baru-baru ini pula pasangan ini telah mencuri perhatian warga maya apabila mereka dilihat berkongsi rezeki dengan orang ramai di bulan yang mulia ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aerilzafrel8 di laman TikTok, kelihatan mereka sedang menyediakan dua jenis balang air untuk diberikan secara percuma kepada orang awam yang bertempat di pejabat Wawa Cosmetics HQ pada jam 5:00 petang.

“jom dapatkan air percuma. dtg office kami jam 5 ptg ok. search je wawacosmeticshq (new warehouse) jumpa nanti 😘😘” tulisnya di kapsyen video yang tular itu.

Dapat dilihat mereka sedang menyediakan dua balang air yang penuh dengan air jagung dan air tembikai susu.

Wah siap letak aiskrim vanila lagi, jangan terliur pula korang puasa-puasa ni!

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah mencecah sehingga 208K tontonan, 15.8K tanda suka, dan 145 komen di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai berasa kagum dan mengucapkan syukur kerana pasangan ini berhati mulia berkongsi rezeki dengan orang di bulan yang mulia ini.

Ada juga yang menitipkan doa buat pasangan ini agar dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan.

Antara komen netizen:

“alhamdulillah masyaallah… semoga digandakan lgi rezeki pasangan suami isteri nie, sentiasa berkongsi rezeki dgn org… Aamiin 🤲”


“Alhamdulillah…semoga dimurahkn lg rezeki pasangan suami isteri ini…dan semoga dipermudahkn segala urusan amin ya Rabbal alamiin”

“bestnyaa🥰🥰bghia rasa hti bila..DPT brbagi MCM ni..semoga murah rzki Korang support dri jauh JK🤲

“bang kalau bolh yg ceduk air tu tukar yg keras sebab guna yg tu senang patah…saya bagi tau je sebab saya niaga air hehe😊”

Video TikTok yang tular:

@aerilzafrel8

jom dapatkan air percuma. dtg office kami jam 5 ptg ok. search je wawacosmeticshq (new warehouse) jumpa nanti😘😘

♬ Marhaban Ya Ramadan – TonsTone