“Aku je filem kadang2 laku kadang2 tak,” Luahan Hati Adik Syamsul Yusof Buat Warga Netizen Tersentuh

Filem ‘Mat Kilau’ yang mula ditayangkan beberapa hari lepas menjadi satu fenomena apabila hasil kutipannya mencecah RM23 Juta dalam hanya masa 7 hari sekaligus melepasi kutipan filem antarabangsa seperti Jurassic World dan Top Gun Maverick.

Memang hebat filem arahan Syamsul Yusof ini!

Baru-baru ini, adik kepada Syamsul Yusof mendapat perhatian daripada netizen kerana berkongsi ciapan yang sayu di laman Twitter.

Menurut Syafiq, abangnya mempunyai ‘golden touch’ dalam menghasilkan filem kerana selalu berjaya dan sukses seperti ayahnya pada zaman muda berbanding filem dihasilkan olehnya yang cuma kadang-kadang sahaja laku.

“Abang aku memang dari dulu ada this golden touch sama macam papa aku masa muda.”

“Aku je yang filem kadang-kadang laku kadang-kadang tak laku haha..”- kongsi Syafiq Yusof di Twitter

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan kata-kata semangat buatnya malah netizen juga menyifatkan Syafiq mempunyai kekuatan sendiri dalam mengarah dan berani eskperimen dengan pelbagai elemen di dalam filemnya.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berbangga pencapaiannya selama ini dalam industri perfileman.

Antara komen warga maya:

Ciapan yang tular: