Pencipta Mekanisme ‘COPY-PASTE’, Larry Tesler Meninggal Dunia

Pengasas konsep ”cut-copy-paste”, Larry Tesler dilaporkan meninggal dunia di usia 74 tahun, Isnin lepas, menurut laporan CNET. Sebahagian besar masyarakat dunia, nama ahli sains komputer Larry Tesler memang tidak begitu terkenal dengan nama-nama tokoh teknologi lain, seperti Bill Gates, Steve Jobs, atau Mark Zuckerberg. Walau bagaimanapun, Larry Tesler telah membuat sumbangan yang terbesar dalam industri [...]

Bagi semua pengguna komputer terutamanya pelajar universiti pastinya banyak bergantung kepada teknologi ‘copy-paste’.

Walaupun ianya nampak simple, tetapi teknologi ini lah yang banyak membantu para graduan untuk menyiapkan assignment malahan tesis semasa melanjutkan pelajaran sama ada di peringkat diplma ataupun ijazah.

Namun begitu ramai yang tidak tahu siapa sebenarnya di sebalik teknologi yang diguna pakai ramai orang sehingga hari ini.

Pengasas konsep dan mekanisme ‘cut-copy-paste’ adalah Larry Tesler yang merupakan salah seorang pekerja di syarikat Apple.

Beliau dilaporkan meninggal dunia pada usia 74 tahun, Isnin lepas.

Walaupun nama Larry Tesler tidak terkenal seperti nama-nama tokoh teknologi lain, contohnya Bill Gates, Steve Jobs, atau Mark Zuckerberg, sumbangannya dalam sains komputer sangat besar.

Beliau di antara saintis komputer yang mencipta mekanisme ‘cut-copy-paste’ semasa bekerja di Xerox Palo Alto Research Center sekitar tahun 1970.

Tesler dibesarkan di New York City dan merupakan lulusan dari Bronx High School of Science pada tahun 1961.

Beliau melanjutkan pelajaran di Stanford University, di mana beliau mula belajar sains komputer pada tahun 1960-an.

Di sana, Tesler melakukan beberapa pekerjaan pengaturcaraan secara part-time, dan selepas tamat pengajian, beliau telah berkhidmat sebagai seorang perunding yang menawarkan perkhidmatan pengaturcaraan.