Isteri Adalah Pintu Rezeki, Suami Jangan Sesekali ‘Kedekut’ Duit Dengan Isteri

Jika dalam sebuah negara, Perdana Menteri memerlukan Menteri Kewangan untuk membantu dari segi pengurusan ekonomi.

Begitu juga dalam keluarga, sebagai ketua suami juga perlukan pembantu untuk meringankan urusan kewangan.

Jadi, isteri memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dan masa depan ekonomi keluarga.

Suami juga harus meletakkan kepercayaan untuk si isteri menguruskannya. Menurut Puan Marliya Ramli di dalam satu perkongsian di Facebook, isteri sepatutnya menjadi gabenor wang keluarga.

Beliau juga menerangkan apa yang sepatutnya dilakukan oleh isteri dalam menguruskan wang keluarga. Mari kita ikuti perkongsian beliau.

ISTERI GABENOR WANG KELUARGA

1 – Isteri adalah pintu rezeki. Jika kita bijak menguruskan, masa depan keluarga lebih cerah nanti.

2 – Isteri bijak tak sibuk jenama bedak. Tak pandang jenama bag dan tudung kelip cam lampu di musim raya. Dia lebih suka fokus mencari jalan menjana wang.

3 – Pandai jana wang tapi tak pandai simpan taguna juga. Uruskan baik-baik pastikan wang beranak pinak sentiasa.

4 – Kenali potensi isteri anda. Ada yang bijak mengurus dan bijak mengganda. Jika ini kekuatan mereka, serahkan gaji biar isteri uruskan segala.

5 – Wang RM1,000 diganda menjadi RM10,000. Wang RM10,000 menjadi berganda lagi. Ini gabenor kewangan yang mampan. Jangan sorok wang dari isteri begini. Kemahiran isteri kita gunakan.

6 – Perlu pandai urus, simpan dan laburkan. Kembangkan dalam perniagaan. Bukan ada RM100, mengecik jadi RM10. #apeni

7 – Jadikan kebiasaan. Ada wang fikir cara gandakan. Belajar ilmu pelaburan. Buat salah itu biasa. Belajar lagi dan lagi. Bina size perniagaan. Kecilan tak apa, tapi berpanjangan.

8 – Jaga emosi. Buat kira-kira hanya melalui angka. Elakkan emosi dan bertegas bila melibatkan tabung bersara. Jangan bagi muka tabung bersara yang mahu diguna ketika muda. Tak boleh!

9 – Sama-sama berusaha ketika muda. Semoga bila berusia, bersara selesa sentiasa bercinta. Bila ada wang, semua lebih teratur dan stabil bergaya.

10 – Rumahtangga bila kewangan kukuh, masam sedikit mudah saja jadi semanis gula. Tidur lebih lena, rumahtangga lebih lawa.

11 – Yang masam lama-lama tu bukanlah apa. Sudahlah berbeza pendapat sentiasa, poket keluarga sengkek dan tertekan ekonomi keluarga pula.

12 – Jika tak pandai urus wang, lantik isteri jadi GABENOR WANG KELUARGA. Bila kewangan kukuh, insya’allah hubungan lebih utuh.

13 – Kumpul modal 15%. Usahakan beli rumah pertama. Kita tidak mahu menyewa sehingga tua. Kita sakit hati bayar sewa setiap bulan harta jadi hak pemilik rumah yang kaya raya.

14 – Pelbagaikan tabungan. Mulakan simpanan emas juga sebagai pelindung inflasi untuk persaraan dan takaful kekayaan. Dana pendidikan anak bagi mengelak kebocoran. WhatsApp akak 0123006521 dan mulakan segera.

Salam sayang.

_________

Semoga perkongsian daripada Puan Marliya ini memberi ilmu pengetahuan dan manfaat kepada semua pembaca YOY Network.