“Patut la rumah kami ‘panas’ je,” Dah 30 Tahun Nikah Rupanya Tak Sah, Ibu & Ayah Pecah Rahsia Sebelum Buat Umrah

Bersekedudukan sesama lelaki dan wanita yang bukan mahram nyata haram dan bertentangan dengan syariat islam apatah lagi sehingga mempunyai keturunan iaitu anak yang juga merupakan anak tidak sah taraf atau lebih dikenali dengan ‘anak luar nikah’.

Namun kisah kali ini dimana ibu bapa kepada seorang wanita dahulunya telah berkahwin pada bulan April tahun 1976 ini mengambil ringan tentang hal nasab dan keturunan.

Difahamkan ibu bapa wanita ini berkahwin dan telah terlanjur. Anak perempuannya itu merupakan anak tidak sah taraf oleh kerana dilahirkan pada Julai 1976 iaitu selepas 3 bulan mereka bernikah.

Menurut perkongsian seorang pengguna TikTok iaitu @tokadi_hipster, wanita berkenaan bagaimana pun diwalikan oleh bapanya pada Ogos 1991 sewaktu hari perkahwinannnya.

Bagaimana pun, Ustaz ini tampil memaklumkan bahawa pernikahan itu tidak sah oleh kerana bapanya itu tidak boleh mewalikan pernikahan anaknya itu dan harus ke mahkamah untuk bubarkan pernikahan.

Patutlah rumah kami ‘panas’ je… rupanya ada benda tak betul

Alangkah terkilannya rasa hati apabila mengetahui perkahwinan mereka selama ini sebenarnya tidak sah di sisi agama.

Walaupun mereka bakal ke Tanah Suci dalam masa terdekat, namun pasangan suami isteri berkenaan perlu turun naik mahkamah bagi membuat permohonan pernikahan semula bersaksikan wali hakim.

Video yang tular di laman TikTok:

@tokadi_hipsterSelama 30 tahun bernikah & mendirikan rumahtangga, harini terpaksa dibubarkan.♬ Astaghfirullah (Istighfar) – Opick

Ketika artikel ini ditulis, video ersebut telah meraih 257.0K tontonan, 22.7K tanda suka, 683 komen dan 579 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘berderau darah’ mendengar perkongsian lelaki ini dan warga maya juga masih tidak percaya ada lagi yang seperti ini pada zaman kini dan berharap agar diri dan anak-anak sentiasa dilindungi dari melakukan perkara yang terkutuk disisi agama Islam.

Berikut merupakan komen warga maya:

“wahai ibu bapa sekalian, jujurlah, bertanggungjawab dan amanahlah dalam hal anak2.. kasihan mereka..”

“wali dia sepatutnya wali hakim..”

“sebab itu pentingnya ilmu agama dalam hidup”


30 tahun bukan satu masa yang singkat…

“status dia tak sah taraf.. bapa tak boleh jadi wali.. kena minta wali hakim..”