Lagu nyanyian kumpulan Tones And I iaitu Dance Monkey nampaknya telah menjadi trending dan siulan orang ramai.
Sejak dimuatnaik pada 10 Mei 2019, ramai artis dan selebriti Youtube telah ‘cover’ lagu ini dnegan style masing-masing.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah video gadis berhijab ini yang menyanyikan lagu Dance Monkey secara bersahaja.
Ia telah menerima lebih 13 juta tontonan hanya dalam masa dua minggu dimuatnaik.
Youtuber dari Jawa Barat, iaitu Cheryll atau nama panggilannya Ail menerusi channel Putih Abu-abu merupakan salah seorang ahli kumpulan tersebut.
Jika dilihat di ruangan komen, rata-rata pengikut laman Youtube ini memuji suara gadis itu dan memuji gaya bersahaja video klip itu.