“Hina sangat ke status janda?” Wanita 3 Kali Diserbu Jabatan Agama Gara-Gara Jiran Puaka

Status janda sering kali dipandang rendah oleh masyarakat bahkan stigma masyarakat tentang individu yangmemegang status itu tidak pernah berubah dah kekal sehingga kini.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang memegang status janda dikenali sebagai Mira yang sering berdepan dengan penghinaan termasuk dikatakan bersedudukan dengan lelaki bukan muhrim di rumahnya di Tangga Batu, Melaka yang didiami bersama lima anaknya mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, dia memaklumkan kediaman yang sudah didiami kira-kira 14 tahun itu diserbu Jabatan Agama Islam pada pukul 12.30 tengah malam kerana menerima aduan berkaitan khalwat.

“Buka fail saman malu, diaorang boleh dikenakan tindakan menyerbu sesuka hati tanpa usul periksa atau hanya mendengar aduan palsu.”

“Tanpa warant tak boleh masuk rumah. Boleh charge menceroboh.”

“Saman malu dan saman fitnah ja.. kurang ajar buat orang macam tu. Tak tau hormat hak orang langsung.”

“Boleh saman balik, dah ada kes di Mahkamah Tinggi yang Jabatan Agama Islam salah main serbu premis individu macam ni,” demikian antara komen netizen.”

Bercerita lanjut, dia juga memaklumkan bahawa serbuan tersebut adalah kali ketiga dialaminya sekeluarga.

“Kali pertama semasa saya balik kampung, serbuan waktu siang… ia diceritakan sendiri suami (kini bekas suami) kerana pada masa itu, dia sedang cuci kereta”

“Kali kedua ketika saya dengan suami keluar tinggal anak-anak dalam rumah. Anak-anak cerita apabila kami balik.”

“Pada masa tu, serbuan pukul 9 pagi. Jika fikir memang tak logik,” rintihnya sedih dengan apa yang menimpa.

Menurutnya lagi, dia kecewa dengan cara pihak penguatkuasa yang memanjat pagar kerana merasakan mereka boleh mengepung dan mengetuk pintu belakang yang tiada pagar.

Bukan itu sahaja, malah van putih besar yang diparkir di hadapan rumahnya menarik perhatian jiran menyebabkan dia dan anak-anak mendapat malu.

Mira juga sempat menunjukkan surat kompaun yang dikenakan terhadap Mira susulan adik-beradiknya datang menziarahi pada Syawal PKP lalu.

Wanita berusia 40 tahun ini bagaimana pun memaklumkan dia percaya aduan seumpama itu dilakukan oleh jiran di kawasan rumahnya.

Ini kerana, katanya, sejak mendiami rumah tersebut, memang terdapat jiran yang sering mencetuskan pergaduhan.

“Dalam tempoh 14 tahun tu, jiran suka cari salah orang. Kita duduk rumah ni tak pernah usik dia, tegur salah dia tapi dia cari kesalahan kita.”

“Masa hari raya pertama musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).”

“Masa tu saya tanya kenapa dorang tak habis-habis cari pasal dan mereka balas ‘aku nak engkau keluar dari kawasan perumahan ini’.”

“Kita sudah beberapa bulan tak jumpa ahli keluarga jadi adik-beradik tiba-tiba datang serentak dan jiran ni buat report polis sampai saya kena kompaun RM1,000,” ujarnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@mira_rindiyani Kul12.30mlm Jabatan Agama Islam dtg serbu rumah sy.. apa prasaan korg jika diserbu dan dituduh benda yg korg tak pernah buat? Jiran hati busuk! #fyp ♬ bunyi asal – MiRa RiNDiYaNi

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 941.7K tontonan, 40.1K tanda suka, 2697 komen dan 572 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di rangan komen, rata-rata warga netizen bersimpati atas nasib yang menimpan perempuan ini hanya kerana title ‘janda’ yang dipegang.

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga bersatu hati mengatakan bahawa situasi tersebut adalah melampau dan wanita tersebut boleh memfailkan saman malu dan saman fitnah.

Malah dalam masa yang sama, ada juga warganet yang terdiri daripda kaum hawa yang memagang status janda turut bekongsikan pengalaman yang sama dimana merekadiserbu oleh jabatan agama dek kerana fitnah daripada orang lain.

Antara komen wargamaya:


Tidak dinafikan, ibu kepada lima orang anak ini mengakui dia hidup tertekan disebabkan perangai jiran yang suka mengganggu.

Namun, dia tidak dapat melakukan apa-apa melainkan bersabar dan kini dia tidak lagi melakukan rutin harian di halaman rumah seperti menyiram pokok.