“Manusia berperangai setan” Tampar Kucing Sehingga Jatuh Tergolek, Aksi Pakcik Ini Undang Kecaman Netizen

Isu mendera kucing bukanlah satu perkara yang baharu susulan pelbagai kes aniaya yang dapat kita lihat sebelum ini di media sosial seperti membaling batu bata ke kepala kucing sewaktu sedang makan sehingga menggelupur, menembak kucing dengan senapang angin sehingga perut kembung dipenuhi nanah malah ada juga yang mengikat leher kucing di dalam bangunan yang terbiar tanpa makanan.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki bertindak menampar seekor kucing di sebuah rumah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Persatuan Haiwan Malaysia di laman Facebook, perbuatan lelaki itu dapat dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Pada awalnya, dapat kita lihat seekor kucing memanjat tembok sebuah rumah dan lelaki tersebut secara tiba-tiba menampar haiwan itu hingga jatuh ke lantai.


“Mengapa ditampar kuat-kuat kucing sedang berehat tu? Pemilik CCTV yang melihat rakaman miliknya ini dirayu mengenalpasti wajah pelaku dan seterusnya mengemukakan laporan rasmi jenayah haiwan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan segera.” tulis admin di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap lelaki tersebut yang langsung tidak berperikemanusiaan dengan menampar kucing tersebut yang tidak melakukan sebarang kesalahan.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berharap agar pelaku dikenakan tindakan yang sewajarnya kerana menganiyai haiwan.

Antara komen warga maya:

“jenis manusia berperangai setan macam tu laa.. minta2 tangan yang buat kucing tu jadi lumpuh baru dia sedar diri kot..”

“kucing tu tak kacau kau, apesal kau nih orang tua?”


Video yang tular di laman Facebook: