Kugiran Masdo Trending Di Tiktok, Netizen Sangka ‘Dinda’ Lagu Kumpulan Indonesia

Enam tahun menapak nama dalam industri muzik tanah air, Kugiran Masdo kini lebih dikenali.

Populariti Masdo meningkat apabila lagu single mereka iaitu Bunga mendapat tumpuan dalam hati peminat di Malaysia pada tahun 2018. Kumpulan muzik ini berasaskan genre pop 60-an dan digubah mengikut cita rasa moden masa kini.

Terbaharu, lagu Dinda yang dikeluarkan oleh kumpulan ini pada dua tahun yang lalu telah trending di tiktok sehingga ke negara jiran iaitu Indonesia dan warga Indonesia telah beranggapan bahawa lagu ini berasal dari negara mereka.

Lagu Dinda telah mendapat sambutan hangat sehingga ke Youtube oleh kerana korusnya yang begitu ‘catchy’ dan sedap di dengar.

‘Dinda Jangan Marah-Marah Takut Nanti Lekas Tua, Kanda Setia Orangnya Takkan Pernah Mendua’

Namun begitu, berita Indonesia telah mendedahkan identiti kumpulan itu yang ternyata band pop 60-an dari Malaysia dan bukan dari kumpulan Indonesia seperti yang disangka oleh warga Indonesia.

“Gue kira orang indo, ternyata orang Malaysia bro”

Di Youtube pula, muzik video kumpulan itu telah trending sekali lagi dan dibanjiri dengan komen netizen dari Indonesia yang menyukai lagu tersebut malah ada yang mendakwa lagu itu adalah lagu yang terbaik selepas lagu Isabella dari kumpulan Search.


Terdahulu, Kugiran Masdo juga pernah berada di Indonesia pada 1 Ogos hingga 5 Ogos 2019 untuk tiga konsert mini iaitu dua di Kios Ojo Keos, Jakarta dan 107 Garage Room di Bandung.

Di Malaysia juga, lagu mereka pernah menapak di carta tertinggi dan melayakkan kumpulan itu ke Anugerah Juara Lagu ke-34.

Bukan itu sahaja, mereka juga pernah mengadakan konsert jelajah di ibu kota sehingga diberi peluang untuk merakamkan lagu di Abbey Road Studios, London dan turut mendapat bantuan AG Coco serta kumpulan Hujan sebagai persiapan untuk membuat rakaman di sana.

Kugiran pop kini telah mempunyai dua album mereka tersendiri. Album pertama mereka ialah Selamat Tinggal Pujaan pada November 2017 dan album kedua iaitu Jalan Abbey pada Januari 2020.