Sepakat Bermesyuarat, 12 Beradik Ini Dipuji Redha Urus Faraid Bersama

Sering kita lihat di kaca televisyen dimana terdapat drama mengisahkan adik beradik yang bergduh disebabkan urusan harta pusaka.

Terkadang, ada yang sampai menganiayai darah daging sendiri demi harta dunia.

Sebenarnya hal ini bukan lah kisah dongeng semata-mata, ianya benarr-benar terjadi dalam dunia realiti sehinggakan ada yang putus saudara disebabkan berebut harta.

Manakan tidak, pada zaman kini tidak ramai yang mengikut syariah hukum faraid atas pelbagai faktor duniawi.

Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana 12 orang adik beradik berkumpul untuk urusan harta pusaka mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang tular itu, mereka dilihat berkumpul di rumah bapanya untuk berbincang tentang harta pusaka ekoran pemergian ibu mereka beberapa bulan lalu.

“Selepas kematian mama beberapa bulan yang lalu, kami dpat berkumpul untuk bermesyuarat 12 bersaudara.. bila ada hal berbangkit maka kami decide untuk berkumpul di rumah abah”

Difahamkan, 12 adik beradik ini akan berkumpul jika mempunyai hal berbangkit untuk diselesaikan.

Dek kerana lama tidak bersua muka dan berkumpul sesama adik beradik, mereka kelihatan bertukar cerita, bergurau senda, ada yang berbaring, makan kuaci dan ada juga sesi mengurut!. Memang sporting habis family ni!

Dalam pada itu, menerusi sebuah lagi video lain yang dikongsikan oleh Zakiah Ariffin, 12 beradik ini sepakat untuk menyerahkan kembali semua harta ibu untuk diuruskan oleh bapa mereka yang masih dipanjangkan umur lagi.

“Sesi melafazkan redha, segala harta peninggalan arwah mama diserahkan kembali kepada abah untuk diuruskan dengan baik untuk kebaikan dan ganjaran pahala kepada arwah mama”

Sambil disaksikan adik beradik yang lain, setiap seorang daripada mereka melafazkan reda pengembalian semua bahagian harta masing-masing.

Video yang tular di laman TikTok:

“Sepakat membawa berkat”

@zakiahpriety Sepakat Membawa Berkat! #12bersaudara #happylife #anakmama ♬ Kelentang Kelentong – Hael Husaini

“Sesi melafazkan Redho”

@zakiahpriety Reply to @m4t05200 Terima kasih 12bersaudara.Bersatu teguh, bercerai roboh. #12bersaudara #happylife #anakmama #faraid #rinduserindurindunya ♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 342.4K tontonan, 15.4K tanda suka, 434 komen dan 567 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap 12 adik beradik ini kerana dapat mencapai kata sepakat dan langsung tidak berkelahi mengenai harta pusaka. Ada juga segelintir warga netizen yang menyifatkan sikap anak-anak ini membuktikan bahawa bapa dan arwah ibu mereka memberikan didikan yang baik dan sempurna seimbang didikan dunia dan akhirat.


“Apabila mati anak adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh”