“Gunakan degup, bukan denyut” Tular Lagu Casablanca, Guru BM Tegur Penggunaan Salah Tatabahasa Dalam Lirik

Baru baru ini, Lagu Casablanca menjadi fonemena bukan sahaja di Malaysia malahan juga di Indonesia. Lagu ini mendapat sambutan ramai apabila lagunya sering digunakan di aplikasi Tiktok.

Lagu nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin ini juga kini mencecah lebih lapan juta penonton setakat ini.

Namun, seorang guru selebriti tampil membetulkan lirik ‘denyut jantungku berdebar’ dalam nyanyian lagu ini.

Guru Bahasa Melayu di Pusat Tuisyen MC Plus, Saliza Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Cikgu Zack Kirana memberi penjelasan dengan pembetulan liriknya itu.

Menurut Zack Kirana Ibrahim, bagi menggambarkan keadaan jantung yang lebih tepat ia sesuai dipakai dengan perkataan ‘degup’ dan bukan lah perkataan ‘denyut’ seperti yang dinyanyikan oleh penyanyi tersebut. Dia juga meluahkan perasaan kecewa kerana lagu itu telah menjadi lagu kegemarannya.

Menerusi lama sosial Instagramnya, dia juga sempat menggelikan hati warga maya kerana mengatakan jantung penyanyi berkemungkinan berada di bahagian lain.

“Untuk jantung kita gunakan degup, bukan denyut. Saya fikir mungkin jantung dia, ‘skala richter’ rendah kot. Dia macam nyut-nyut macam tu je.

“Ataupun mungkin kedudukan jantung dia berada dekat bahagian kepala, mungkin bahagian nadi, di pergelangan tangan. Jadi otak saya dia macam melilau,” katanya.

Walau bagimanapun, dia turut menjelaskan tentang pelanggaran hukum tatabahasa yang dibenarkan dalam karya seperti lirik lagu atau puisi.

“Memang betul penulisan kreatif seperti puisi, lirik lagu dan sebagainya ada sedikit kebebasan untuk melanggar hukum tatabahasa.

“Tetapi awak kena tahu, yang kita langgar hukum tatabahasa tu adalah perkara yang biasanya tidak boleh dibayangkan.

“Contohnya, kata sendi nama ‘di’. Ada lirik lagu raya dia tulis ‘di hari raya’ sepatutnya ‘pada hari raya. Sebab ‘di’ kita tak dapat bayangkan jadi takde masalah.

“Yang berkaitan imbuhan, contohnya mencintai jadi menyintai. Tapi kalau yang melibatkan kata nama dan juga kata kerja…

“…perkara yang boleh kita bayangkan dan kalau kita salah pilih perkataan itu, dia akan bagi bayangan yang berbeza kepada jalan cerita lagu tersebut,” kongsinya.

Meninjau di ruangan komen, ramai warganet yang terhibur dengan videonya itu dan ada juga yang berterima kasih tentang info yang diberitahu kerana ada juga yang musykil dengan lirik ‘denyut jantungku berdebar’.

Antara komen warga maya:

‘”Denyut jantung tak boleh kan, denyut nadi boleh?”.


” Yes! Setuju! Lagu ni saya tak suka sebab part DENYUT Tu”.

“Saya pun confuse mula mula. Macam tak kena.. Degup ke denyut. Sekarang dah terjawab kemusykilanku. Terima kasih Cikgu”.

“Hahaha saya terhibur cikgu! Nyut nyut bunyi jantung”.


Video yang tular:

Sekadar info, lagu Casablanca mencipta sejarah apabila menjadi lagu pertama tempatan yang paling tular dengan menduduki tangga teratas carta Spotify Viral 50 Global, Spotify Viral 50 Indonesa dan juga menduduki tempat ketiga belas Spotify Top 50 Indonesia di penstriman muzik.