Connect with us

Viral

Pelajar Redah Sungai Ke Sekolah, Netizen Selar Kerajaan Sabah Gagal Sediakan Kemudahan Untuk Rakyat


Bermacam cara dapat kita lihat bagaimana pelajar datang ke sekolah. Ada yang dihantar penjaga, ada yang berbasikal, malah ada juga yang berjalan kaki. Demi menuntut ilmu, apa sahaja sanggup dilakukan.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video dimana sekumpulan murid sekolah yang lengkap berpakaian seragam dilihat berusaha menyeberangi sungai untuk menghadirkan diri ke sekolah nyata mengundang sebak ramai.

Dapat kita lihat, mereka beratur menunggu giliran untuk menaiki sampan kecil tersebut.

Difahamkan, situasi tersebut berlaku di Pitas, Sabah malah apa yang lebih berbahaya adalah kesemua murid yang berada di dalam sampan tidak memakai jaket keselamatan.

“Dapat video ini dari WhatsApp group P179 Ranau. Terkejut jantung. Lokasi di Kampung Mangkabusu, Pitas, Sabah.”



“Walaupun peperiksaan UPSR dan PT3 sudah dimansuhkan, pelajar-pelajar ini tetap gigih pergi ke sekolah. Semoga ada tindakan lanjut dapat dilakukan dengan kadar segera,” ciap Pia Pinah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat usaha murid-murid tersebut yang sanggup meredah sungai itu demi menuntut ilmu.


Dalam masa yang sama, netizen juga kesal terhadap kerajaan negeri Sabah yang dilihat gagal menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur kepada rakyat, sedangkan negara sudah lama merdeka dan hanya bandar-bandar utama sahaja diberi keutamaan untuk membangun.


Lebih menambah amarah netizen apabila Ketua Menteri Sabah baru-baru ini mengumumkan usul kenaikan gaji bagi dirinya dan semua ADUN diluluskan tanpa mempertimbangkan kesusahan rakyat yang sedang bergelut dengan krisis ekonomi.

“Menangis aku tengok video ini, menteri sibuk kumpul kekayaan mereka sedangkan rakyat kekal terbeban,” kata Jaiyen.

Antara komen warga maya:


Video yang tular:

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)