Lihat Wanita Ini Kongsi Cara Mudah dan Berkesan Latih Anak Menyimpan Duit

Jika berbicara tentang soal cara simpan duit pasti ramai yang akan berikan berbagai alasan seperti tak cukup duit, anak-anak perlukan duit, keperluan dapur yang tinggi dan bermacam-macam lagi jenis jawapan yang mereka katakan.

Dan antara perkara yang paling susah adalah bagaimana cara yang paling sesuai untuk mengajar anak-anak untuk menguruskan duit.

Menerusi satu posting di facebook, Puan Dharatun Nissa berkongsi amalan yang beliau lakukan untuk melatih anaknya tentang cara-cara pengurusan duit yang efektif.

Mari kita ikuti perkongsian beliau.

________

Melatih anak mengurus duit

Sejak dari abg darwisy 4yo sy dah start latih simpan duit, tapi hanya separuh jalan. Bila dah 5yo ni setakat ini saya masih istiqomah latih dia.

Setiap hari kalau dia pergi sekolah saya akan bekalkan duit belanja sebanyak RM1. Saya tahu dia tak perlu pun duit belanja tu, tapi niat saya ialah nak ajar apa nak buat dgn duit tu.

Bila dia balik, saya akan letakkan duit tadi pada kalendar berpoket. So setiap hari dia akan kumpul tunggu sampai banyak dan akan masukkan dalam wallet dia. 

Setiap hari juga saya pesan, kalau abg nak beli apa2 kat shell abg kena guna duit abg, bukan duit mummy.

Bila dia rasa nak beli ‘something’ kat shell saya akan tanya dia bawa wallet abg tak. Confirm lah dia tak bawa, mummy pun kena lah bebel dengan abg sebab tak bawakan wallet abg..penat katanya nak bawa wallet. So no money no shell.

The next day, abg darwisy bawa duit nak pergi shell. Ada RM5 hasil simpanan utk 5 hari. Abg darwisy pilih 2 barang.

Harga nya RM4.90. So baki tinggal sepuluh sen. Abg darwisy pandang mummy, kenapa duit abg tinggal ni je mummy.. Huhuhu..tulah, beli lagi benda mahal kan.

Sebagai ibu, saya perlu terangkan pada anak kegunaan duit tu, bimbang anak akan fikir dia sentiasa boleh dpt apa yg dia nak sebab mummy daddy boleh bayarkan.

Latihlah anak utk mengurus duit sejak dari kecil. Walaupun anak belum tahu mengira dgn tepat, sekurang-kurangnya anak belajar bagaimana utk menggunakan duit dgn baik. InsyaAllah, belajar sikit-sikit lama-lama apa yg diajar anak akan jadi amalan dlm kehidupan mereka.