“Manusia makin kejam” Ikat Leher Kucing Dalam Bangunan Terbiar Tanpa Makanan, Wanita Tolong Lepaskan Dipuji Netizen

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan seornag pemuda yang mendera seekor kucing jalanan dengan membaling batu bata ke arah kepala kucing tersebut sehingga menggelupur menahan kesakitan.

Video tersebut mendapat kecaman hebat oleh warga maya yang menyifatkan lelaki itu tidak berhati perut.

Masih tidak reda isu itu, baru-baru ini tular sebuah video dimana seekor kucing dikatakan diikat di dalam bangunan usang yang terbiar mengundang amarah ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @jeshot.ahmad, dapat kita lihat ada seorang wnaita menjumpai seekor kucing yang diikat lehernya pada sebuah tiang di sebuah bangunan terbiar yang tidak dikenal pasti dimana lokasinya.

Menurut wanita itu, pada awalnya dia hanya terdengar bunyi anak kucing namun tidak menyangka menjumpai ibu kucing tersebut yang seperti sengaja diikat disitu.

Wanita ini dengan pantas cuba untuk melepaskan ikatan tali pada leher kucing berkenaan sejurus melihat keadaannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengecam tindakan individu yang tidak berperikemanusiaan meninggalkan kucing dengan mengikat lehernya tanpa diberi sebarang makanan.

Tidak cukup dengan itu, warga netizen juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada wanita ini kerana membantu kucing tersebut malah tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan kucing itu jika wanita tersebut tidak berada di sekitar itu pada hari kejadian.

Antara komen wraga maya:

“kenapa ada orang yang hatinya sangat jahat.. terima kasih sebab tolong kucing ni..”

“terima kasih orang baik”


“terima kasih orang baik.. semoga nanti kebaikan kembali kepada dirimu kelak..”

“tolong selamat kucing tu dik..

“dunia akhir zaman manusia makin lama makin kejam..”

Video yang tular di laman TikTok:

@jeshot.ahmad ☹️#savekucingkampung #savekucingjalanan ♬ suara asli – Jeshot Ahmad