“Mesej deep, visual lawa” Muzik Video Terbaru Siti Nurhaliza, Aku Bidadari Syurgamu Meruntun Hati

Datuk Seri Siti Nurhaliza telah melancarkan muzik video terbaru beliau yang bertajuk Aku Bidadari Syurgamu.

Trending tangga ke 24 Youtube

Apa yang menarik, muzik video berkenaan telah trending di Youtube apabila menduduki tangga ke 24.

Menerusi saluran Youtube,  muzik video arahan Amir Johari itu telah mencapai jumlah tontonan hampir 190,000 kali.

Lagu baru Tokti tarik perhatian ramai

Ada yang turut menyatakan, muzik video lagu kali ini antara yang terbaik dalam sedekad yang pernah dihasilkan Siti.

Bahkan, daripada segi ‘camera works’, sinematografi, lighting dan suntingan semuanya membekaskan impak.

Mesej lagu yang menyentuh hati 

Malah, mesej yang disampaikan menerusi lagu ciptaan Ippo Hafiz itu juga turut menyentuh hati ramai.

Muzik video lagu ini adalah untuk menyampaikan cerita tentang kasih sayang seorang anak perempuan terhadap bapanya hingga ke hujung nyawa.

Lagu kali ini lari dair landskap cinta klise

Bagaimanapun ada yang berpendapat, pada kali ini Siti lari daripada landskap cinta klise dan kebanyakan karya yang dihasilkan bersifat kemasyarakatan, nasihat dan kekeluargaan.

Menerusi Instagram, Siti Nurhaliza turut berkongsi gambar muzik video terbarunya bersama pengikutnya.

Lagu ini jadi runut bunyi drama 7 Hari Mencintaiku 2

Lagu Aku Bidadari Syurgamu meledak seiring dengan drama rantaian terbaharu 7 Hari Mencintaiku 2 yang sedang ditayangkan.

Selain itu, Aku Bidadari Syurgamu menjadi runut bunyi drama yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha itu.

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 boleh ditonton di platform IQIYI bermula 24 Julai ini (Jumaat) dan anda boleh menonton semula drama ini dari episod pertama.