Guna Apps Untuk Jadikan Wajah Tua? Ini Kesannya Yang Anda Mungkin Tak Sedar

Kalau sebelum ini ada bermacam-maca challenge di laman media sosial seperti 10 years challenge, kini ada pula yang terbaru iaitu FaceAppChallenge.

Trend terbaru ini menukar wajah anda kepada raut yang lebih berusia.

Boleh dikatakan rata-rata timeline Facebook dan Instagram harri ini dipenuhi dengan gambar seumpama ini.

Malah ramai selebriti turut menggunakan aplikasi ini dan memuatnaik hasilnya di laman Instagram dan Facebook.

Tetapi tahukah anda, Aplikasi seperti ini sebenarnya memberikan kesan jangka masa panjang kepada anda?

Berikut adalah penerangan darii Facebook Public Health Malaysia:

“Aplikasi Viral FaceApps sekarang sudah memiliki lebih daripada 150 JUTA data muka dan nama pengguna!

“Newsfeed anda sekarang penuh dengan gambar ramalan muka orang tua? Ya. Aplikasi ini viral semula!

“Tahukah anda, gambar yang diberikan kepada FaceApps membolehkan mereka untuk menggunakannya untuk apa sahaja yang mereka suka, selama mana yang mereka inginkan!

“Malah anda tidak akan menerima royalti pada gambar yang diberikan itu jika ianya digunakan untuk tujuan promosi mereka.

“Ianya terkandung di dalam terma dan syarat- syarat penggunaan aplikasi tersebut.”

Jadi, jika anda jenis yang concern dengan privasi dan penggunaan data seperti imej anda di masa akan datang, mungkin anda perlu pertimbangkan sebelum sewenang-wenangnya memuat naik foto ke mana-mana platform online.