Harga iPhone Terbaru 2018 Hampir RM6,000

Apple tahun ini nampaknya sekali lagi meneruskan trend seperti tahun lepas dengan memperkenalkan tiga model baru iPhone sekaligus. Ketiga-tiga model baru ini menepati jangkaan dan rumours sebelum ini.

Model iPhone yang telah dilancarkan semalam terdiri daripada model iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max. iPhone XS dan iPhone XS Max diperkenalkan bagi menggantikan iPhone X.

Baca: 5 Sebab Anda Patut Beli iPhone XR Berbanding iPhone XS

iPhone XS dan iPhone XS Max

Kedua-dua iPhone dilengkapi dengan processor Apple A12 Bionic yang menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 30% berbanding model sebelum ini.

Seperti biasa Apple mengatakan processor terbaru ini merupakan processor terbaik pernah dihasilkan buat telefon pintar.

Kedua-dua iPhone ini disertakan dengan paparan OLED beserta teknologi Super Retina dimana skrin Apple iPhone XS bersaiz 5.8-inci dan skrin iPhone XS Max bersaiz 6.5-inci.

iPhone XS dan iPhone XS Max hadir dengan sokongan dwi-kamera belakang yang mengabungkan sensor 12-megapixel bersama 12-megapixel telefoto yang menawarkan sokongan zoom optikal sehingga 2 kali. Untuk kamera hadapan, ia menyertakan sensor 7-megapixel bersama dengannya.

iPhone XS dijual dengan harga $999 (RM4,135.76) manakala iPhone XS Max bakal dijual dengan harga permulaan $1099 (RM4,549.75).

Harga bagi model iPhone XS Max dengan storan 512 GB pula ditawarkan pada harga $1,449 (RM5998.72).

iPhone XR

iPhone XR pula disasarkan Apple buat mereka yang mahu mendapatkan model baru dengan harga yang sedikit rendah berbanding iPhone Xs dan iPhone Xs Max.


iPhone XR hanya menggunakan paparan LCD dan dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.1-inci.

iPhone XR juga hanya menggunakan satu kamera pada bahagian belakang. Walaubagaimanapun, Apple masih menjanjikan kualiti gambar yang baik bagi model ini.

Harga bagi iPhone XR bermula pada harga sekitar $749 (RM3,100) bagi storan 64GB.

__________________

Nampaknya dengan pengumuman iPhone 2018 terbaru ini, beberapa model iPhone telah dikeluarkan daripada senarai jualan termasuk iPhone X.

Sudahkah anda menyimpan wang untuk mendapatkan”smartphone paling canggih” ini?