Ini 5 Sebab Anda Patut Beli iPhone XR Berbanding iPhone XS

Apple baru saja mengumumkan tiga iPhone terbaru pada minggu lepas iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

Pasti ramai peminat iPhone tertunggu-tunggu pelancaran iPhone terbaru daripada Apple ini.  Untuk pasaran Malaysia dijangka akan dibawa masuk seawal bulan Oktober tahun ini.

Jika anda salah seorang daripada peminat setia iPhone dan masih tidak tahu untuk membeli iPhone yang mana satu, di sini kami sediakan 5 sebab mengapa anda patut memiliki iPhone XR!

1. iPhone XR jauh lebih murah berbanding iPhone XS

Harga mungkin merupakan faktor paling besar bagi kebanyakan orang untuk membeli iPhone, dan iPhone XR jauh lebih murah daripada iPhone XS.

Harga iPhone XR bermula pada $749 (~RM3,099) sahaja untuk storage 64 GB manakala iPhone XS berharga $999 (~RM4,130) untuk storage 64GB.

Ada lebih lagi RM1,000 anda boleh beli lagi satu Android yang power dan jadikan telefon kedua.

2. iPhone XR dikuasakan oleh cip A12 yang sama seperti iPhone XS.

Menurut rumors sebelum ini, iPhone XR berkemungkinan dikuasakan oleh cip yang setara dengan iPhone 7.

Walaubagaimanapun, semasa pelancaran tempoh hari Apple mengumumkan bahawa ketiga-tiga iPhone baru memiliki cip pemprosesan yang sama.

Semua iPhone baru iaitu iPhone XS, XS Max, dan XR dikuasakan oleh cip A12 Bionic baru Apple. Cip A12 Bionic memiliki CPU 6-teras, GPU 4-teras, dan enjin saraf generasi akan datang yang khusus untuk pembelajaran mesin (Artificial Intelligent).

3. iPhone XR mempunyai hayat bateri yang lebih baik daripada iPhone XS.

Tahun lepas iPhone X boleh bertahan sekitar 12 hingga 13 jam manakala iPhone XS tahun ini boleh bertahan 30 minit lebih lama daripada iPhone X. Ini bermaksud iPhone XS boleh bertahan sekitar 12.5 hingga 13.5 jam.

Menurut Apple, iPhone XR boleh bertahan sekitar 90 minit lebih lama daripada iPhone 8 Plus yang dilancarkan pada tahun lepas dimana iPhone 8 Plus boleh bertahan sekitar 14-15 jam.

Ini bermakna iPhone XR sepatutnya boleh bertahan kira-kira 15.5 hingga 16.5 jam sekaligus memiliki jangka hayat bateri 3 jam lebih lama berbanding iPhone XS.

4. iPhone XR boleh didapati dalam lebih banyak warna daripada iPhone XS.

Apple menjual iPhone XS dan XS Max dalam tiga pilihan warna sahaja iaitu perak, kelabu dan emas.


Sementara itu, iPhone XR terdapat dalam enam warna yang berbeza iaitu  hitam, putih, kuning, merah, biru, dan coral (jingga merah jambu).

5. iPhone XR mempunyai skrin yang lebih besar daripada iPhone XS.

Walaupun ia menggunakan paparan LCD berbanding OLED pada iPhone XS, iPhone XR sebenarnya mempunyai paparan yang lebih besar daripada iPhone XS.

iPhone XR mempunyai skrin LCD 6.1 inci, yang akan memaparkan lebih banyak kandungan kepada anda berbanding dengan paparan OLED 5.8 inci pada iPhone XS.

_____________

Jadi, mengapa perlu bayar lebih jika anda boleh mendapatkan teknologi yang sama dengan jangka hayat bateri yeng labih baik dan paparan yang lebih besar pada harga yang lebih murah.