iPhone 2018 Bakal Dilancarkan pada 12 September

Semalam Apple telah mengumumkan acara media rasmi yang akan diadakan pada 12 September di Steve Jobs Theater, Cupertino.  Apple dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti terbaru mereka di dalam acara tersebut terutamanya iPhone 2018.

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Apple dijangka akan memperkenalkan sebanyak tiga iPhone 2018 mereka termasuk iPhone yang menyokong dual sim.

Apple dijangka akan memperkenalkan tiga iPhone model baru untuk tahun ini. Ketiga-tiga iPhone akan mengekalkan fungsi face ID, dan dua daripadanya datang sebagai model premium dengan skrin AMOLED.

iPhone 2018 yang akan dilancarkan ini terdiri daripada tiga saiz skrin yang berbeza iaitu 5.8, 6.1 dan 6.5-inci. Setiap model iPhone ini bakal hadir dengan saiz storan serendah 64 GB.

Selain itu, rumors ada mengatakan dimana Apple akan memperkenalkan Apple Watch Series 4 dan juga iPad Pro yang baharu.

Kita nantikan tarikh 13 September 2018 waktu Malaysia nanti kejutan yang bakal diberikan oleh Apple samaada perubahan yang ketara ataupun hanya peningkatan yang minima.