Topup Prepaid Dikecualikan Cukai SST Bermula 6 September 2018

Sebelum ini kecoh di media sosial dimana topup prepaid dikenakan cukai SST. Ramai yang mengeluh apabila nilai kredit yang diterima kurang berbanding harga yang dibeli.

Terbaru, rakyat Malaysia tidak perlu membayar cukai SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) untuk tambah nilai prabayar yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Foto: Berita Harian

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian berkata semua perkhidmatan prabayar yang diberikan kepada rakyat Malaysia oleh syarikat telekomunikasi mesti dikecualikan daripada SST.

Pengecualian, yang termasuk di bawah Seksyen 34 (3) (a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018, akan dikuatkuasakan mulai 6 September 2018.

“Pengecualian diperlukan untuk mengatasi masalah dari syarikat-syarikat ini, dimana mereka menghadapi kesulitan untuk mengubah sistem mereka dengan kadar segera.”

Melalui pengecualian cukai SST ini, pelanggan prabayar akan menerima nilai kredit maksimum apabila mereka menambah nilai kredit kerana mereka tidak lagi akan dikenakan SST, kata kementerian itu.

Kementerian Kewangan juga menggesa syarikat telekomunikasi segera bertindak dan mematuhi pengecualian SST untuk pengguna prabayar.

Pengumuman ini pasti melegakan seluruh rakyat Malaysia dan pengguna kad sim prepaid khususnya.

[su_note note_color=”#d8d8c3″]Sumber Rujukan: NST, Kementerian Kewangan[/su_note]