Connect with us

Teknologi

Teknologi eSim iPhone Hanya Boleh Digunakan di Negara Tertentu

Semalam Apple baru saja melancarkan 3 buah iPhone baru iaitu iPhone XS. iPhone XS Max dan iPhone XR. iPhone XS Max dengan kapasiti 512GB merupakan iPhone paling mahal pernah dijual iaitu $1,449 (RM5998.72).

iPhone XS dan XS Max yang baru dilancarkan akan mempunyai keupayaan dual-SIM, dengan edisi khas untuk pasaran China yang menyokong dua kad SIM fizikal.

Bagi pengguna di luar China pula, keupayaan dual-SIM model iPhone terbaru ini hanya akan menyokong satu SIM fizikal dan satu lagi eSIM.

eSIM ataupun kad SIM elektronik sangat memudahkan dimana pengguna hanya memerlukan pemasangan SIM secara virtual oleh syarikat Telco.

Walaubagaimanapun, tidak semua negara menyediakan perkhidmatan yang menyokong eSIM ini.

Hanya sembilan negara sahaja yang menawarkan sokongan eSIM buat masa sekarang iaitu Austria, Kanada, Croatia, Republik Czech, Jerman, Hungary, India, Sepanyol, UK, dan Amerika Syarikat.

Setakat ini syarikat Maxis sahaja yang menawarkan penggunaan eSIM di Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=eBwQ5bAVxdc

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.