Beratur Sejak 6 Pagi Khamis Walaupun iPhone Mula Dijual 9 Pagi Jumaat

Walaupun iPhone terbaru hanya akan mula dijual pada jam 9 pagi hari Jumaat (21 Sept), kira-kira 250 orang telah mula berbaris sejak pagi di hadapan kedai Apple di Orchard Road pada hari ini (20 Sept), lapor The Straits Times

Sejak pukul 11 pagi, para pelanggan yang mahu menjadi pembeli terawal iPhone terbaru iaitu iPhone XS dan XS Max telah dibawa masuk ke barikade yang berada di luar kedai.

Foto: The Straits Times

Setiap orang hanya boleh membeli dua buah telefon dan diberikan gelang tangan khas yang membolehkan mereka meninggalkan barisan dan kembali dalam tempoh masa 30 minit untuk mengekalkan tempat mereka dalam barisan.

Orang yang pertama sekali di dalam barisan ialah Le Thang, 20, yang sanggup terbang ke Singapura dari Vietnam semata-mata mahu menjadi di antara orang pertama memiliki iPhone terbaru.

Dia sampai pada jam 6 pagi hari Khamis di hadapan kedai walaupun tahu Apple hanya akan mula menjual iPhone terbaru pada jam 9 pagi hari Jumaat.

Foto: The Straits Times

“Saya beratur setiap tahun untuk iPhone tetapi ini kali pertama saya menjadi No.1 (dalam barisan). Saya sangat gembira,”

Kakaknya To Phuong, 28, kedua dalam barisan untuk mendapatkan dua telefon iPhone XS Max untuk dirinya dan ibunya.

Harga iPhone XS untuk pasaran Singapura adalah $1,649 ~RM4,990 (64GB), $1,889 ~RM5,715 (256GB) dan $2,199 ~RM6,650 (512GB).

Harga untuk iPhone XS Max pula $1,799 ~RM5,442 (64GB), $2,039 ~RM6,168 (256GB) dan $2,349 ~RM7,106 (512GB).

Harga bagi iPhone XR masih belum diketahui kerana hanya iPhone XS dan XS Max sahaja yang akan mula dijual bagi pasaran Singapura esok.