Harga Cecah RM7 Ribu, Apple Kemaskini Harga Rasmi iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max di Malaysia

Apple Malaysia telah mengemaskini harga bagi iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max bagi pasaran Malaysia. Walaubagaimanapun masih belum dinyatakan bila iPhone tersebut boleh dibeli.

Menurut sumber, Apple menyenaraikan iPhone XS dan iPhone XS Max boleh dipra-tempah bermula 19 Oktober 2018 ini.

Baca: 5 Sebab Anda Patut Beli iPhone XR

Berikut merupakan harga jualan iPhone XS di Malaysia:


iPhone XS 64GB – RM4999
iPhone XS 256GB – RM5699
iPhone XS 512GB – RM6649

Berikut pula adalah harga jualan iPhone XS Max di Malaysia:


iPhone XS Max 64GB – RM5399
iPhone XS Max 256GB – RM6099
iPhone XS Max 512GB – RM7049

Berikut pula adalah harga jualan iPhone XR di Malaysia:


iPhone XR 64GB – RM3599
iPhone XR 128GB – RM3849
iPhone XR 256GB – RM4299

iPhone XS dan iPhone XS Max hadir dengan sokongan dwi-kamera belakang yang mengabungkan sensor 12-megapixel bersama 12-megapixel telefoto yang menawarkan sokongan zoom optikal sehingga 2 kali.

Untuk kamera hadapan, ia menyertakan sensor 7-megapixel bersama dengannya.

iPhone XR pula disasarkan Apple buat mereka yang mahu mendapatkan model baru dengan harga yang sedikit rendah berbanding iPhone Xs dan iPhone Xs Max.