[VIDEO] Selesai Cuci Rumah Baru, Sugu Pavithra Pindah Barang Kelengkapan

Penggemar video masakan pasti mengenali pasangan Youtuber Sugu Pavithra yang menjadi perhatian sejak kebelakangan ini.

Dapat perhatian Perdana Menteri

Berkongsi pelbagai jenis resepi masakan terutama masakan India pasangan ini menjadi tumpuan ramai dan turut mendapat perhatian Perdana Menteri negara.

Perdana Menteri negara kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yasin turut memberikan sumbangan kepada pasangan ini sekaligus menaikkan semangat mereka untuk terus berjaya.

Tip viral kuali Sugu berkilat 

Apa yang lebih menarik adalah pasangan ini turut berkongsi tips pengurusan dapur yang berguna kepada orang ramai.

Antara tip yang menjadi pilihan ramai adalah tip membersihkan kuali sehingga berkilat seperti kuali baru.

Kongsi resepi masakan India dalam bahasa Melayu

Pasangan yang mengetengahkan masakan India tetapi fasih bertutur dalam bahasa melayu ini mempunyai 673, 000 pengikut setakat ini.

Pasangan Youtuber Sugu Pavithra bukan lagi nama asing bagi pengguna-pengguna laman Youtube.

Kerjasama suami isteri membuahkan hasil

Video resepi yang mudah untuk dicuba dan kerjasama antara suami dan isteri menerusi video yang dikongsi menjadikan pasangan ini mempunyai daya tarikan tersendiri.

Disamping itu, sikap rendah diri pasangan ini menjadikan ramai orang mula mengikuti mereka di laman Youtube dan menambah pengikut dalam masa yang singkat.


Terdahulu, pasangan ini juga dijadikan ikon perpaduan kerana mempunyai pengikut yang berbilang bangsa.

Rumah baru Sugu Pavithra

Selain itu, pasangan kegemaran ramai ini turut berkongsi kejayaan mereka dan kehidupan mereka bersama pengikutnya.

Menerusi laman Youtube mereka, satu video baru dimuat naik yang mana pasangan ini berkongsi berita gembira apabila berpindah ke rumah baru.

Pekan Sungai Siput menjadi pilihan Sugu dan Pavithra

Rumah baru mereka terletak di Pekan Sungai Siput, Perak dan menerusi video tersebut Pavithra turut menyatakan rumah baru ini lebih luas.

Video tersebut memaparkan pasangan ini sedang membersihkan rumah baru mereka sebelum memindahkan barang dari rumah lama ke rumah baru.

Pindah barang ke rumah baru

Selepas itu, satu lagi video terbaru mereka memindahkan barang ke rumah baru turut menjadi tumpuan.

Selain itu, pasangan ini juga turut dibantu oleh ahli keluarga ketika membersihkan rumah dan memindahkan perabot ke rumah baru.

Kehidupan pasangan ini yang sering merendah diri dengan kejayaan yang dicipta mula mendapat perhatian dan menjadi inspirasi ramai.

Jana pendapatan lumayan dengan Youtube

Pasangan ini tidak menyangka dari sekadar hobi memuat naik video masakan di Youtube telah menjadi pendapatan mereka.

Malah pasangan ini juga turut tidak menyangka berjaya memperoleh pendapatan yang lumayan menerusi video yang dimuat naik.

Semoga kisah dan kejayaan pasangan ini menjadi inspirasi kepada orang ramai dan moga pasangan Youtuber ini terus melakar kejayaan sebagai Youtuber.