[VIDEO] Sugu Pavithra Kongsi Cara-Cara Sental Kuali & Sinki Hingga Berkilat

Kisah Sugu Pavitha merupakan seorang suri rumah berbangsa India yang berjinak-jinak dalam menghasilkan video memasak di Youtube telah tular di media sosial.

Fasih berbahasa melayu

Walaupun Sugu berbangsa India tetapi apa yang menarik adalah beliau fasih dalam berbahasa melayu.

Sugu yang mula menghasilkan video secara suka-suka, namun kini beliau mampu tersenyum melihat hasil kerjanya yang membuahkan hasil.

Jika dilihat di Youtube, jumlah subscibernya meningkat dari hari ke hari. Kandungan video yang dihasilkan hanya untuk suka-suka ini akhirnya membuahkan hasil.

Video pasangan suami isteri ini dapat sambutan yang tinggi

Sugu Pavithra yang merupakan pasangan suami isteri yang berasal dari Buntong, Ipoh, Perak ini berkongsi pelbagai resepi makanan yang sesuai untuk dicuba oleh orang ramai.

Pelbagai video dikongsikan oelh pasangan ini dan mereka telah berjaya meraih jumlah tontonan dan jumlah subscriber yang agak tinggi.

Bahkan pasangan ini tidak menyangka bahawa akan mendapat sambutan yang baik dari orang ramai melalui video-video yang mereka buat.

Sugu kongsi cara bersihkan kuali dan sinki

Ramai yang mula menyukai video Sugu apabila beliau juga merupakan seorang yang pembersih menerusi video-video yang dikongsikan.

Menerusi perkongsiannya di laman Youtube, Sugu Pavithra telah berkongsi dengan orang ramai cara bagaimana untuk membersihkan kuali dan sinki sehingga berkilat selepas digunakan.

Ini cara-cara yang ditunjukkan oleh Pavithra untuk mencuci kuali dan sinki yang sangat mudah untuk diikuti.

Pasangan ideal isteri rekod video, suami sental kuali.

Tips mencuci periuk dan sinki ini turut meraih perhatian dalam kalangan warganet terutama surirumah.

Selain itu, menerusi ruangan komen pula, ramai yang sangat berpuas hati dengan kebersihan pada kuali tersebut serta ada yang berkongsikan pendapat masing-masing.

Apa yang lebih menarik apabila pasangan ini dilihat saling bantu membantu dan pastinya kehadiran pasangan di dapur untuk membantu anda mampu mengeratkan hubungan suami isteri.