[VIDEO] Pasangan Sugu Pavithra Terharu Terima Kejutan Hadiah Dari Perdana Menteri

Kisah mengenai Sugu Pavithra telah viral setelah wanita berbangsa India berjaya menarik perhatian orang ramai.

Pelbagai resepi dan tips membersihkan dapur dikongsikan

Bermula dengan membuat video masakan secara suka-suka dan memuat naik di Youtube, pasangan Sugu Pavithra kini mampu berbangga dengan pencapaian itu.

Selain video masakan, pelbagai video mengenai cara membersihkan dapur turut dikongsikan olehnya.

Fasih berbahasa melayu

Apa yang menarik mengenai pasangan Sugu Pavithra yang fasih berbahasa melayu dan video yang dihasilkan juga mudah untuk diikuti dan difahami.

Disamping itu, kekemasan dan kebersihan Youtuber ini menjadi salah satu penarik lebih ramai orang mula mengikuti videonya di Youtube.

Pasangan Sugu Pavithra dapat hadiah dari Perdana Menteri

Menerusi satu perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Rajasekaran Thiyagarajan yang berkongsi satu video dimana pasangan Sugu Pavithra mendapat hadiah dari Perdana Menteri.

Video tersebut memaparkan pasangan Sugu pavithra ini mendapat hadiah berbentuk bingkai gambar dengan kata-kata semangat di dalamnya.

Ikhlas dari Tan Sri Muhyiddin Yasin

“Dengan ingatan tulus ikhlas dari Tan Sri Muhyiddin Yasin, keep up the good work and just stay at home” ujar Sugu.

Jelas terpancar kegembiraan di wajah gembira mereka dengan hadiah istimewa dari Perdana Menteri ini.

Komen positif dari netizen

Sementara itu, menerusi ruang komen video berkenaan pelbagai reaksi positif dari orang ramai yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Semoga dengan pemberian itu mampu memberikan mereka semangat untuk menghasilkan lebih banyak resepi selepas ini.