Didakwa Berpisah Dengan Suami dan Muflis, Laudya Cynthia Bella Nak Jual Rumah RM3.6 Juta

Desas-desus kisah rumah tangga pelakon Laudya Cynthia Bella dan suami Engku Emran terus menjadi topik perbualan hangat peminatnya di Indonesia.

Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran berdiam diri

Namun, pelakon Indonesia itu mahupun suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, dilihat mengambil pendekatan berdiam diri berhubung isu rumah tangga mereka.

Pelakon filem Syurga Tak Dirindukan itu juga dikatakan sudah unfollow atau tidak lagi menjadi pengikut media sosial suaminya.

Padam foto suami termasuk foto nikah

Rata-rata netizen turut mempersoalkan kedua-dua mereka masih lagi suami isteri atau tidak selepas Laudya memadam foto-foto suaminya termasuk foto nikah di laman sosial miliknya.

 

View this post on Instagram

 

Happy EID from ours (me and my favorite bag and scarf @coach) to yours✨ . . #CoachIndonesia #CoachNY @kanmogroup.fashion

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

Selain itu, Laudya Cynthia Bella dan suami, Engku Emran dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung.

Laudya dalam proses menjual kediaman

Mengukuhkan desas-desus itu, laporan dari Tribunnews mengatakan Laudya dalam proses menjual kediaman mereka yang terletak di Jakarta Selatan.

 

View this post on Instagram

 

Mama & rumah kenangan 🤍 #masyallahtabarakallah #forsale

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

Difahamkan, beliau mahu menjual kediaman mewah itu dengan harga kira-kira RM3.6 juta dan khabar angin mendakwa beliau terpaksa menjual rumah tersebut kerana sudah muflis.

Jual kediaman bernilai 3.6 juta

Menurut jiran tetangga di kawasan perumahan tersebut ada memberitahu mereka ada melihat beberapa orang calon pembeli meninjau kediaman berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

“Kelmarin saya dengar anak Presiden Indonesia, Pak Joko Widodo… tapi tak jadi, halamannya kecil,” kata Titi Hayati menerusi Youtube Indosiar.

Fasal bankrap saya kurang tahu

Selain itu, menurut seorang lelaki yang diberi tanggungjawab melakukan pengubahsuaian kediaman Laudya enggan mengulas lanjut mengenai berita tersebut.

“Kalau fasal dia bankrap itu saya kurang tahu,” katanya yang hanya mengikut arahan memperbaiki kediaman tersebut.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen dan mendoakan semoga urusan pelakon ini dipermudahkan.