[VIDEO] Akhirnya Merasa Rumah Baru, Sugu Pavithra ‘Belanja’ Video Cuci & Masuk Rumah

Pasangan Youtuber Sugu Pavithra bukan lagi nama asing bagi pengguna-pengguna laman Youtube.

Apa yang menarik, pasangan yang mengetengahkan resepi masakan menerusi video ini menjadi perhatian ramai.

Malah, pasangan ini juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri kelapan negara apabila pasangan ini menerima sumbangan dari beliau.

Fasih berbahasa Melayu

Selain itu, pasangan pilihan ramai ini mula menarik perhatian apabila video-video yang dikongsi dalam bahasa Melayu.

Fasih berbahasa Melayu, resepi yang mudah dan senang untuk dicuba serta sering berkongsi tip kebersihan dapur menjadikan pasangan ini disukai ramai.

Ikon perpaduan

Disamping itu, sikap rendah diri pasangan ini menjadikan ramai orang mula mengikuti mereka di laman Youtube dan menambah pengikut dalam masa yang singkat.

Terdahulu, pasangan ini juga dijadikan ikon perpaduan kerana mempunyai pengikut yang berbilang bangsa.

Sugu Pavithra pindah rumah baru

Menerusi laman Youtube mereka, satu video baru dimuat naik yang mana pasangan ini berkongsi berita gembira apabila berpindah ke rumah baru.

Video tersebut memaparkan pasangan ini sedang membersihkan rumah baru mereka dan dibantu oleh ahli keluarganya.

Rumah baru di Pekan Sungai Siput

Rumah baru mereka terletak di Pekan Sungai Siput, Perak dan menerusi video tersebut Pavithra turut menyatakan rumah baru ini lebih luas.

Difahamkan, sebelum ini M Sugu telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi tumpuan dalam penghasilan video mereka.

Pendapatan lumayan 

Mereka yang mengulas lanjut mengenai video berkenaan turut berkata mahu fokus dan meningkatkan kualiti penghasilan video.


Pasangan ini turut tidak menyangka berjaya memperoleh pendapatan yang lumayan menerusi video yang dimuat naik.

Semoga pasangan Youtuber ini terus berjaya dan berkongsi pelbagai resepi menarik untuk dicuba.