Connect with us

Viral

“Lif tu dia punya ke?” Dakwa Sekumpulan Wanita Biadap Tak Cakap ‘Excuse Me’ Bila Masuk Lift, Tindakan Ibu Ini Undang Kecaman Ramai


Sudah tentu menjadi moment yang indah apabila dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan bukan? Manakan tidak, setelah penat bekerja, belajar dan tidak berjumpa dalam tempoh masa yang lama, tentunya inilah masa yang dinanti-nanti.

Namun siapa sangka, percutian sekumpulan wanita di Kuala Lumpur sedikit terjejas apabila mereka dibebel oleh seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan mereka dalam insiden yang dikatakan berlaku di pusat beli belah, Berjaya Times Square mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @anisnafisaaa, difahamkan dia berasama 4 lagi rakannya yang lain masuk ke dalam lift sebelum ditegur seorang wanita.

“Kami enam orang masuk lift, so penuh la sampai belakang. Nampaklah seorang kakak dengan budak ni. Maknya dia penjuru kanan lift dan anaknya di penjuru kiri lift sambil melihat keindahan mall.”

“Dia tiba-tiba berkata, ‘Hei, nampak kan anak I tu. Tak nampak ke?’. Dalam hati saya macam, marah saya ke? Padahal sebelum masuk dah nampak dia berdiri jauh dan tiba-tiba nak marah sebab saya berdiri di tengah antara dia dengan anaknya,” katanya.



Anis dengan lembut menegur bahawa bahaya jika melepaskan anak di tempat tersebut namun perempuan itu menyifatkan anis seorang yang poyo.

“Dalam lift ni kami dua orang je, jangan nak poyo sangat la eh,” kata si ibu terbabit tetapi disangkal oleh Anis yang mengatakan ada individu lain berada dalam lift tersebut.


Menerusi video lain, dapat kita lihat anis dan rakan-rakannya meredah masuk ke dalam lift tanpa melihat anak perempuannya.


“Mata ada kan, jangan main redah je, tengok anak orang kat memana,” katanya.

“Boleh cakap elok-elok, kenapa nak marah?” soal salah seorang rakan Anis.

“Sebab korang main masuk je tanpa kata ‘excuse me’ ke apa. Anak saya pun pandai cakap ‘excuse me’. Tak ada adab, excuse me pun takde,” balas wanita terbabit.

Anis juga sempat berseloroh di TikTok agar videonya menjadi tular supaya memudahkan dia untuk bertemu wanita itu untuk memohon maaf.

“Saya tak nak ambil anak akak pun. Mohon kuasa viral cari akak ni! Saya cuma nak minta maaf je. Ada rezeki kita lepak ye kak.”

“Kalau akak start (tegur) cara baik, saya okay. Tapi akak buat saya rawrr. Maafkan kami ye kak. Semoga jumpa lagi di lif yang sama,” katanya

Meninjau diruangan komen, rata-rata warga netizen hairan adakah lift tersebut milik wanita itu dan anaknya sehinggakan perlu ‘intro’ sebelum masuk ke dalam lif.

Bukan itu sahaja, netizen juga berang dengan cara wanita tersebut menegur tanpa adab dan membiarkan anaknya berjauhan dengannya.

Antara komen warga maya:

“as a mother, kalau orang masuk lif, i terus peluk anak i rapat2. Takkan harap orang lain pula aware anak i”


“lift tu dia punya ke orang nak kena excuse me bagai?”


Video yang tular di laman TikTok:

@anisnafisaaa ceritanya, saya taknak ambik anak akak pun. Mohon kuasa viral cari akak ni‼️‼️ saya cuma nak mintk maaf je ada rezeki kita lepak ye kak. #taknakculikanakorang #akaklift ♬ original sound – ig: AnisNafisaa

@anisnafisaaa Replying to @epot1101 NI FIRST VID, MEMBER RECORD AWAL DAH RUPANYA, tapi yg vid dia start tu tak sempatla sbb terkejut tetiba dia tanya “tak nampak ke anak i, jangan main redah je” hmm entahla kak, kalau akak start cara baik, saya okay tapi akak buat saya Rawrrrrr maafkan kami ye kak, semoga jumpa lagi di lift yang sama #akaklift #kamitakpoyo #naklawankitalawan ♬ original sound – ig: AnisNafisaa

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)