[FOTO] “Cuma oksigennya sedikit terganggu” Dr. Amalina Sambut Ainul Mardhiah Di London

Seperti yang kita ketahui, kes adik Ainul Mardhiah telah tular baru-baru ini. Ramai yang bersimpati dengan nasib adik ini dan menghulurkan orang ramai sama-sama menghulurkan bantuan bagi membolehkan adik Ainul mendapat rawatan.

Terkini, adik Ainul Mardhiah telah berlepas ke United Kingdom untuk menjalani rawatan di sana semalam.

Ainul Mardhiah yang menghidap Germ cell tumor mendapat perhatian Dr. Amalina Che Bakri.

Di atas keperihatinan Dr. Amalina, beliau telah menyusun rawatan yang bakal dijalani adik Ainul dengan beberapa doktor pakar disana.

Seperti yang telah tular di media, orang ramai sentiasa mendoakan perjalanan adik Ainul Mardhiah ke United Kingdom dipermudahkan walaupun adik Ainul akan berdepan perjalanan yang mengambil masa yang panjang.

Nanti bila saya dah free sikit, saya akan menulis tentang perjalanan kami dari malaysia sehingga ainul dimasukkan ke hospital.

Buat masa sekarang, update terkini adalah Ainul dalam keadaan baik, cuma oxygennya sahaja sikit terganggu dan hospital sedang menstabilkannya semula.

Mungkin sebab ainul travel jauh, jadi dia perlu belajar sesuaikan diri di sini.

Tapi semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah!

Orang ramai mendoakan supaya adik Ainul berjaya sampai dengan selamat ke UK.

Selamat Sampai Di United Kingdom

Melalui laman Facebook ayah Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin, dia telah berkongsikan maklumat terkini bahawa dia sekeluarga telah selamat tiba di United Kingdom.

Selain itu, bapa kepada adik Ainul Mardhiah turut memuat status bersyukur atas kelancaran perjalanan mereka dan selamat tiba walaupun ia merupakan perjalanan sulung bagi anak mereka itu.

Semasa penerbangan mereka ke United Kingdom, mereka turut ditemani dua orang doktor pengiring yang ditugaskan memantau kesihatan adik Ainul Mardhiah supaya berjalan dengan lancar.

Ujar Ahmad Saifiuddin, Ainul Mardhiah telah selamat ditempatkan di sebuah hospital di London.

Ainul kini sedang dalam pemantauan ahli perubatan kerana keadaannya yang mengalami gangguan oksigen kerana berada dalam penerbangan yang lama.

Kedua Ibu Bapa Ainul Telah Berjumpa Dr. Amalina 

Ketibaan adik Ainul Mardhiah dan ibu bapanya, turut disambut oleh Dr. Amalina Che Bakri. Beliau telah memuat naik satu foto bersama kedua ibu bapa adik Ainul Mardhiah.

Dr Amalina turut memaklumkan bahawa pihak perubatan akan berbincang dengan kedua ibu bapa adik Ainul Mardhiah untuk proses rawatan selanjutnya yang akan dilakukan ke atas anak mereka.

Selain itu, Dr. Amalina juga turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana keprihatinan orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan kesihatan adik Ainul Mardhiah.

Sementara itu di ruangan media sosial, orang ramai turut menzahirkan rasa syukur kerana adik Ainul Mardhiah telah selamat tiba ke sana.

Orang ramai juga tidak putus-putus mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan dan adik Ainul Mardhiah selamat menjalani rawatan dan kembali sihat.