“Tubuh badan kamu penuh dengan wayar” Luahan Hati Ayah Ainul Buat Netizen Sebak

Semua sudah sedia maklum di mana adik Ainul Mardhiah dan keluarga telah selamat tiba di London bagi mendapatkan rawatan pakar di sana.

Ketibaan mereka disambut mesra oleh Dr. Amalina dan pasukan yang bersedia untuk merawat Ainul.

Walaupun masih belum dimaklumkan bila pembedahan akan dilakukan, ayah kepada Ainul Mardhiah iaitu Ahmad Saifuddin sentiasa memberi kemaskini tentang perkembangan Ainul.

Di dalam satu perkongsian terbaru, Safiuddin telah memuat naik foto terbaru Ainul yang telah ditempatkan di dalam inkubator.

Baca: “Cuma oksigennya sedikit terganggu” Dr. Amalina Sambut Ainul Mardhiah Di London

Berikut adalah perkongsian dari beliau.

_________

Ainul mardhiah,

Kamu lebih kuat dari mama dan walid!

Bila kami fikirkan dan renungkan perjalanan ainul selama ini, penuh perit getir dan semuanya melibat risiko kehilangan nyawa.

But ya, she’s still alive alhamdulillah!

Ainul adalah pejuang! Kehadiran Ainul di atas dunia ini menggoncang bumi sehinggakan ramai orang berbuat ihsan dan baik kepadanya.

Kami yakin, ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan kepada kami dan kita semua.

Allah sedang menzahirkan zatNya. Allah nak tunjuk yang DIA mampu buat apa yang hambaNya tidak akan pernah mampu.

Ainul, hari ini Ainul duduk semula dalam inkubator, walid dengan mama sebak sangat. Teringat waktu Ainul baru lahir dahulu, begini lah keadaannya.

Tubuh badan kamu penuh dengan wayar, bunyi mesin yang tidak pernah berhenti mengingatkan walid dan mama ketika kamu di NICU suatu ketika dahulu.

Percaya lah anak, bila kamu selamat tiba di sini dengan perjalanan yang sangat panjang dan berisiko, walid dengan mama bertambah yakin bahawa kamu sememangnya anak yang kuat.

Kamu lebih kuat dari mama dan walid, wahai anak.

Rehat lah dalam katil kamu anak, Bantuan Allah pasti akan tiba tidak lama lagi.

Rata-rata netizen tersentuh hati dengan luahan tersebut dan mendoakan supaya Ainul sentiasa kuat.

“kuat ye walid n mama Ainul..There’s a silver lining behind all these..and for Baby Ainul..don’t give up..we’re all here sending doa’s and can’t wait ti see and watch u smile again princess..do me a favor please..be strong ya..love u syg Ainul.”