[VIDEO] Biar Hujan Lebat dan Angin Ribut, Jemaah Tetap Khusyuk Dalam Saf Terawih

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam untuk melaksanakan ibadat puasa.

Di samping itu ramai juga yang ternanti-nanti untuk menggandakan amal ibadat pada bulan yang mulia ini terutamanya solat tarawih.

Dua hari lepas telah tular satu perkongsian video di mana jemaah khusyuk meneruskan solat walaupun hujan lebat dan angin ribut.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Yahya Adel itu, jemaah yang begitu ramai sehinggakan tidak muat untuk solat bersama di dalam masjid.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di negara Uzbekistan di sebuah Masjid Thornlie.

One of the reasons I Love #Uzbekistan! Ya Allah return it’s people to You & preserve their Iman and that of their generations! Ameen

This is from #Taraweeh prayers in #Tashkent last night! Allah accept from them, elevate them, love them and honour them as they attempt to honour His name in worship!

Travel there with me for a #HadithTour with SH @ZahirMahmood in October & see for yourself!

Salah satu sebab saya cintakan Uzbekistan! Ya Allah kembalikan orangnya kepada Mu dan jagalah iman mereka dan semua generasinya! Amin.

Ini adalah dari solat Tarawih di Tashkent malam semalam! Allah menerima mereka, menaikkan darjat mereka, mencintai mereka dan memuliakan mereka sebagaimana mereka berusaha untuk memuliakan nama Nya di dalam ibadat!

Mengembara ke sana dengan saya untuk Hadith Tour bersama SH Zahir Mahmood pada bulan Oktober dan lihat anda lihat sendiri!