[VIDEO] Comelnya Ainul Dalam Dakapan Walid, Semoga Ainul Terus Sihat

Seperti yang diketahui umum, kes adik Ainul Mardhiah yang masih berada di hospital dikhabarkan semakin baik.

Hampir setiap hari ayah dan ibu adik Ainul akan berkongsi perkembangan adik Ainul untuk tatapan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia sehingga kini masih tidak putus-putus mengirim doa semoga adik Ainul terus kuat dan sihat seperti kanak-kanak lain.

Laman sosial kedua ibu bapa adik Ainul masih dihujani dengan komen-komen yang ditinggalkan yang mana hampir kesemuanya mendoakan kesihatan adik Ainul.

Selepas adik Ainul menjalani pembeddahan, adik Ainul semakin pulih. Terkini ayahnya berkongsi satu video yang menggembirakan semua orang.

Video itu menunjukkan ayahnya mendukung adik Ainul yang semakin cergas dari hari ke hari.

Sayu hati melihat saat ayah adik Ainul sudah boleh mendakap erat cahaya matanya itu dalam keadaan yang gembira melihat perkembangan positif adik Ainul.

Rata-rata netizen teruja dengan perkembangan terbaru adik Ainul menerusi video itu. Adik Ainul kelihatan comel dan cantik mengenakan baju bercorak bunga-bunga.

Sebelum ini, adik Ainul turut menerima kunjungan dari Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir yang sempat datang melawat adik Ainul di sana.

Menerusi satu perkongsian perkongsian bapa adik Ainul, Beliau berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara lansung atau tidak langsung.

Beliau juga turut mengharapkan semua dapat mendoakan adik Ainul cepat sembuh dan mereka hanya mahukan yang terbaik buat adik Ainul.

Perkongsian Bapa Ainul

Alhamdulillah.

“Selain Tun Dr Mahathir, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad pun pernah bertemu kami sejurus kami tiba di hospital pada hari pertama”.

“Mereka semua mendoakan yang terbaik buat ainul mardhiah”.

“Terima kasih kami ucapkan kepada Pihak Kerajaan, agensi-agensi kerajaan seperti pusat zakat melaka, majlis agama islam melaka dan wakil rakyat yang telah membantu kami”.

“Tidak tertinggal juga kepada Doktor doktor yang telah merawat ainul sebelum ini, Ngo-Ngo, Ahli koperat, rakyat malaysia dan pihak pihak lain yang telah banyak membantu memudahkan urusan kami”.

“Tiada kata lain boleh kami katakan, tanpa mengira fahaman, agama dan bangsa, anda semua telah buat satu perkara yang baik dan mulia di sisi Tuhan”.

“Tuhan akan mengira setiap usaha baik tuan/puan yang telah tuan/puan lakukan di akhirat kelak”.

“Thank you to All the doctors ( Malaysia & UK ) kerana anda semua adalah insan yang sentiasa mahukan terbaik buat ainul”. 

Kami dari YOY Network turut mendoakan semoga adik Ainul terus sihat dan cergas seperti kanak-kanak yang lain dan semoga adik Ainul terus kuat dan bersemangat.