[VIDEO] “RM144,000 sebulan” Youtuber Ini Dedah Pendapatan Youtube Sugu Pavithra

Youtube kini menjadi salah satu lubuk pendapatan bagi mereka yang gemar membuat video untuk tontonan umum.

Jika dilihat, pelbagai jenis video mampu menarik minat orang ramai untuk menonton antaranya video masakan, motivasi, bersenam dan sebagainya.

Sugu Pavithra digemari rakyat Malaysia

Seperti yang diketahui ramai, Sugu Pavithra kini menjadi antara barisan youtuber yang digemari oleh rakyat Malaysia.

BACA: Sugu Pavithra Dedah Ada Netizen Desak Tutup Channel Youtube Sebab Kongsi Resepi

Pasangan suami isteri berbangsa india ini fasih berbahasa melayu dan itu salah satu tarikan orang ramai dengan menonton video masakan mereka.

Turut mendapat perhatian Perdana Menteri

Apa yang lebih menarik, pasangan Sugu Pavithra juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberikan hadiah kepada mereka baru-baru ini.

Video masakan Sugu Pavithra sememangnya sentiasa ditunggu-tunggu oleh orang ramai. Resepi yang lengkap dan ringkas itu nyata menarik minat orang mencuba masakan mereka.

Selain tutur katanya yang lembut, penggunaan Bahasa Melayu Pavithra yang jelas dan juga daour yang bersih dipuji oleh orang ramai.

Ramai yang sudah mencuba resepi Sugu Pavithra

Malah, video masakan Pavithra juga pernah menjadi rujukan kepada YouTuber dari Jepun, iChang dan atlet bina badan negara, Sazali Samad untuk memasak kari ayam.

Sambutan hangat daripada setiap video yang dibuat membuatkan ramai diantara kita tertanya-tanya berapakah pendapatan yang diperoleh Sugu Pavithra.

Anggaran bulanan pendapatan youtube Sugu Pavithra

Menerusi seorang youtuber channel Juzairi Share, dia berkongsi satu video yang mendedahkan anggaran pendapatan yang diperolehi oleh pasangan itu dari video-video yang dimuatnaik oleh mereka di Youtube.

Juzairi mendedahkan anggaran pendapatan bulanan yang diperolehi oleh Sugu Pavithra.

Anggaran tersebut dikira berdasarkan data dari laman web Socialblade yang boleh menganalisis jumlah subscribers, video dan anggaran pendapatan bulanan.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan anggaran pendapatan Youtuber ini hanyalah berpandukan jumlah subscribers dan jumlah tontonan.

Kebiasaannya bayaran Youtuber Malaysia jauh lebih rendah daripada anggaran yang ditunjukkan.

Semoga pasangan Sugu Pavithra terus berjaya di masa hadapan dan menjadi inspirasi semua untuk berjaya seperti mereka.