[VIDEO] “Sy menangis bisa hidup gak ya Allah” Lelaki Ini Gigih Beri Bantuan Kucing Menggelupur Keracunan

Ramai di antara kita membela kucing peliharaan di rumah. Sifat kucing yang manja menjadikan haiwan ini sering menjadi pilihan untuk dijadikan teman.

Malah kucing juga dikatakan mampu menyelam isi hati dan memberikan satu perasaan damai kepada si tuan empunya.

Namun begitu, masih ada segelintir masyarakat yang tidak semua orang senang dengan kehadiran si comel ini.

Kucing menggelupur akibat diracun

Ada juga kucing-kucing ini diperlakukan dengan kejam dan menyiksa mereka tanpa berhati perut.

Sementara itu, sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan kegigihan seorang lelaki warga Indonesia berusaha untuk menyelamatkan seekor kucing jalanan yang nyawa-nyawa ikan.

Lelaki suap air kelapa hijau dan ubat

Menerusi video tersebut, kelihatan kucing tersebut menggelupur dan hampir sahaja maut akibat diracun.

Kegigihan lelaki itu dilihat berusaha menyuapkan kucing berkenaan dengan air kelapa hijau dan ubat supaya kucing berkenaan dapat diselamatkan.

Namun begitu, keadaan kucing malang berkenaan masih menggelupur dan keadaan masih membimbangkan.

Beri bantuan pernafasan 

Melihat kucing berkenaan masih belum pulih, lelaki itu dilihat memberikan bantuan pernafasan kepada kucing walaupun haiwan itu tidak henti-henti mengeluarkan buih dari mulutnya.


Kelihatan lelaki itu menangis sedih kerana keadaan kucing itu masih sama setelah pelbagai usaha dilakukan.

Namun begitu, setelah seketika akhirnya usaha gigih lelaki itu berhasil. Kucing itu beransur pulih dan racun tersebut perlahan-lahan kebah dari tubuh badannya.

Kucing comel itu kembali sihat

Akhirnya, kucing berkenaan beransur pulih dari sebelumya dan sihat dibawah pengawasan lelaki itu.

Kita disarankan untuk mencintai semua makhluk di atas muka bumi ini dan juga menyayangi antara satu sama lain.