Sugu Pavithra Dedah Ada Netizen Desak Tutup Channel Youtube Sebab Kongsi Resepi

Kita semua sekarang ni familiar dengan Youtuber yang namanya melonjak naik dalam sekelip mata kerana berjaya menambat hati Malaysia dengan channel masakannya,siapa lagi kalau bukan Sugu Pavithra. Meraih jumlah subscriber sehingga lebih daripada 300K dalam hanya masa beberapa bulan sahaja. Biasanya kalau nama kita melonjak naik, pasti akan ada orang yang dengki dan iri hati tanpa sebab. Sugu Pavithra juga tak [...]

Youtuber Sugu Pavithra berjaya meraih jumlah subscibers sebanyak 370,000 dalam tempoh yang singkat.

Sejak tular di laman Facebook dan Twitter, angka subscriber channel Sugu seolah-olah tidak berhenti meningkat dan kini hampir mencecah 400,000.

Jika dilihat pada trend kenaikan tersebut, tidak mustahil Sugu akan mencapai jumlah subscribers 1 juta dalam tahun ini juga.

Setiap video yang dimuatnaik Sugu kini rata-rata mencapai puluhan ribu hingga ratusan ribu tontonan.

Malah, ramai yang menjadikannya rujukan untuk memasak dan memuatnaik hasil di dalam channel masing masing.

BACA: [VIDEO] Pasangan Jepun Masak Kari Ayam Guna Resepi Sugu Pavithra Di YouTube

Walau bagaimanapun, dalam ramai yang memuji dan memberikan kata-kata semangat buat Sugu, masih ada insan yang berhati busuk dan iri hati dengannya.

Menerusi satu komen yang telah di tandakan di satu video oleh Sugu Pavithra sendiri, rupa-rupanya ada beberapa golongan yang tidak suka Sugu berkongsi resepi masakan india.

Komen tersebut mendapat perhatian warga Twitter dan dikongsikan oleh seorang pengguna @arxxxxmand.

“Apparently, dalam semua orang sokong channel sugu pavithra rupanya ada a few indians yang marah marah dia suruh jangan share recipe n tutup youtube dia. But they comment in tamil so kita ingatkan just another kata kata semangat. Jahat nak makan sedap sorang sorang je!”

Menurut komen tersebut, ada beberapa golongan yang tidak berkenan dengan cara Sugu berkongsi resepi masakan.

Malah, mereka memaksa Sugu untuk tidak berkongsi lagi resepi dan memaksanya menutup channel Youtube.

Kebanyakan komen-komen ini ditulis dengan bahasa Tamil menyebabkan peminat Sugu berbangsa lain tidak memahaminya.

Ramai peminat Sugu terkejut dengan komen tersebut dan bertanyakan kepada Sugu sama ada ianya benar.


Sugu mengesahkan komen tersebut dengan membalas pertanyaan seorang pengikutnya.

Rata-rata warga Twitter tidak berpuas hati dengan tindakan mereka tersebut dan mahukan keadilan buat Sugu Pavithra.