Topup Prepaid Dikenakan Cukai SST 6% Bermula 1 September 2018

Bermula 1 September 2018, semua top up pre-paid (tambah nilai prabayar) akan dikenakan cukai SST sebanyak 6%. Ini bermakna jika anda topup RM10, kredit yang akan dimasukkan ke dalam akaun anda hanya RM9.43 setelah ditolak nilai cukai 6%.

Baca: Topup Prepaid Dikecualikan Cukai SST Bermula 6 September 2018

Di laman web dan Facebook, beberapa syarikat telco telah mengesahkan perkara ini.

“Harga Prabayar Tunetalk bermula 1 September 2018 dan seterusnya. Sebarang pembelian akan ditolak cukai SST serendah 6%. Tambah nilai RM10 akan menerima RM9.43” – Tunetalk.

Celcom juga telah mengesahkan perkara yang sama di laman web mereka.

“Perkhidmatan pra-bayar adalah perkhidmatan yang dicukaikan dan SST akan dikenakan bermula 1 September. Jika anda menambah nilai RM10 bermula 1 September, SST 6% akan dikenakan dan anda akan menerima kredit RM9.43” – Celcom

Sebelum ini, SST yang dilaksanakan tidak memberi kesan kepada nilai topup pengguna. Sebagai contoh, pengguna akan mendapat nilai RM10 jika melakukan tambah nilai RM10.

Apabila GST diperkenalkan pada bulan April 2015, penjualan post-paid dan prepaid tertakluk kepada cukai GST 6%.

Dengan pelaksanaan cukai ini, ia telah memberi kesan secara langsung  kepada tambah-nilai prabayar yang akan dibeli oleh pengguna.

Untuk rekod, kaedah perlaksanaan SST 2.0 ini adalah sama seperti pengenalan GST beberapa tahun lepas. Walaubagaimanapun, disebabkan maklumbalas negatif daripada pengguna, kerajaan mengambil langkah untuk mengecualikan cukai GST untuk topup buat sementara waktu pada ketika itu.