Ini Maksud Website, Domain dan Hosting

Selalunya bila kita nak mula menjalankan perniagaan sama ada di atas talian (online) ataupun tidak, pasti ada yang menyarankan untuk membuat laman web ataupun website. Ini disebabkan capaian internet yang meluas sangat memudahkan prospek pembeli untuk mendapatkan maklumat tentang bisnes kita.

Walaubagaimanapun, masih ramai yang tidak faham apa itu website dan bagaimana ia sebenarnya berfungsi. Website adalah paparan web di  atas talian yang memerlukan skrip tertentu.

Untuk membina website anda perlu terlebih dahulu memiliki domain dan hosting. Apa itu domain dan hosting? Baiklah, apabila kita mengatakan, kita ingin membina dan memiliki sebuah website. Kita tidak boleh lari dari 3 komponen asas berikut.

1) Website/Laman Web

Pertama sekali secara analoginya, kita boleh menganggap, website itu adalah seperti rumah ataupun pejabat kita. Dalam proses untuk membina sebuah rumah, kita pastinya memerlukan simen, batu-bata, papan, paku, siling dan sebagainya.

Jadi, samalah juga halnya dengan membina sebuah website. Untuk membina website, kita memerlukan perisian pembangunan web seperti macromedia dreamweaver, microsoft frontpage dan perisian-perisian yang lain. Website kita pula boleh berbentuk html, php,asp dan sebagainya.

Antara cara paling mudah untuk membina website adalah dengan menggunakan wordpress. Dengan hanya satu klik dan memilih theme atau template, website anda sudah siap tersedia.

2) Domain

Nama domain pula boleh dianggap seperti alamat rumah. Nama domain ini anda boleh beli daripada mana-mana penjual nama domain atau lebih dikenali sebagai “Pendaftar Nama Domain” yang banyak terdapat di internet.

Nama domain ini biasanya anda boleh dapati dengan harga serendah RM28+ setahun hinggalah ke RM150+ setahun. Nama domain ini adalah penting untuk memastikan orang ramai boleh memasuki laman web anda. Jika anda tidak mempunyai nama domain, ia adalah seperti anda membina rumah tanpa alamat. Tiada siapa akan datang atau sampai ke rumah anda.

Pemilihan nama domain perlu dilakukan dengan baik. Ini sangat penting bagi memudahkan bakal pembeli mengingati nama domain anda.

3) Hosting

Web Hosting pula boleh dianggap sebagai tanah/tapak rumah bagi rumah anda. Tanpa tanah, anda tidak boleh mendirikan rumah. Oleh itu, anda mesti mempunyai hosting jika anda ingin memiliki sebuah website.

Hosting ini sebenarnya adalah merupakan sebuah komputer yang mempunyai sambungan internet 24 jam dan orang ramai boleh akses kepadanya

Kini timbul pula persoalan, bagaimana ingin mendapatkan hosting? Anda boleh membeli hosting dari penyedia-penyedia perkhidmatan hosting ini di internet sama ada dari Malaysia ataupun luar negara. Terdapat beribu-ribu penyedia perkhidmatan hosting di internet, tempatan mahupun luar negara.

Sebagai contoh anda boleh mendapatkan hosting daripada penyedia hosting Cynet dengan hanya klik di sini: Cynet Hosting untuk mendaftar dan jangan lupa untuk gunakan kupon kod: XZ-485Z untuk dapatkan DISKAUN 10%.

Untuk senarai penyedia hosting yang lain, anda boleh klik di senarai Web Hosting Murah Malaysia 2018.