Penat Kena ‘Bahan’, Haqiem Stopa Menyorok Bawah Meja Untuk Elak Jumpa Peminat

Siapa tidak kenal dengan Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar , pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengan pemegang nama ini malah banyak diantaranya adalah negatif.

Terdahulu, namanya pernah menjadi bualan ramai apabila dia dijemput datang ke sekolah untuk memberikan ceramah dan digelar sebagai ‘Ikon Permotoran Anak Muda’ oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal. Manakan tidak, netizen beranggapan bahawa tiada perkara yang dilakukan olehnya dapat dibanggakan selain memakai pakaian yang separa formal unruk hadir memberikan ceramah.

Bahkan, warga maya menyifatkan lebih ramai yang boleh dijadikan ikon seperti mereka yang menaikkan nama negara ataupun membuat konten yang positif.

Tidak cukup dengan itu, dia juga teruk dibahan di media sosial gara-gara tidak mempunyai lesen ketika ditahan dalam sekatan jalan sehinggakan Haqiem ‘Koyak’ dan tampil mempertahankan diri mengatakan siapa yang tiada kereta ‘Audi’ sepertinya adalah lemah.

Terbaru, dikatakan Haqiem Stopa turut hadir ke RXZ Gathering member 2022 yang berlangsung di Terengganu.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ryanraikal_, Haqiem kelihatan ‘redha’ dibahan oleh salah seorang peminat dengan menyanyikan lagunya ketika persembahan Muzik Lawak Superstar 3 bersama kumpulan UBI baru-baru ini.


Susulan perkara tersebut, air mukanya seakan tidak tahan diperli malah meminta lelaki tersebut untuk berhenti dan menukarkan dengan lagu yang lain.

Pun begitu, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah Haqiem kelihatan menyorok daripada peminatnya dengan duduk di bawah meja. Manakan tidak, katanya dia teruk diperli dan dibahan sewaktu acara tersebut berlangsung.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagatnya yang begitu ‘struggle’ menyorok agar tidak kelihatan oleh peminatnya. Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menyifatkan dia merupakan insan biasa yang akan berasa rimas jika diperli oleh orang ramai.

Netizen juga akui haqiem masih kekal tenang dan tetap melayani karenah peminatnya walaupun sedar dirinya dibahan.

Antara komen warga maya:

“Berbakul2 dia kena bahan dekat sana..”


“Aku suka la orang jenis stopa nie orang kecam dia cam ni pun tetap dia sporting”

“Kesian pula tengok stopa ni, nak nangis dah buka dia kat sana.. semua bahan dia..”

“Dia pun manusia biasa.. mesti dia penat.. member bahan2 pastu minta bergambar juga”

Video yang tular di laman TikTok:

@ryanraikal_ HAHAHAHAH mantap @Haqiem_stopa #stopa ♬ bunyi asal – Bro.max

@dollohniboss lari dri polis❌ lari dri peminat✅😂😂😂😂#fyp #fypシ #fypsounds #rxzstilltheboss🔒 #rxz_members_official #rxzmembers4 ♬ original sound – MATTRANDOM☑️