“Takde otak” Pemandu Myvi Sticker P Parking Di Laluan OKU Undang Kecaman Netizen!

Seringkali kita lihat di media sosial dimana ada sebilangan masyarakat yang selamba parking kenderaan di tapak parkir Orang Kelainan Upaya (OKU) tanpa memikirkan orang lain.

Pun begitu, kejadian kali ini dikatakan lebih ‘teruk’ apabila seorang pengguna jalan raya meletakkan kenderaan di laluan individu OKU yang sememangnya jelas bukan kotak parkir kenderaan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @intanharith, dapat kita lihat bapanya yang menggunakan kerusi roda seakan buntu bagaimana hendak turun daripada situ.

“Betullah kata orang, organ paling mahal adalah otak sebab jarang guna. Viralkan saja,” ujar Intan di ruangan kapsyen

Difahamkan dia terpaksa menggunakan jalan yang agak jauh untuk menurunkan bapanya yang menggunakan kerusi roda ke jalan raya.


Lebih menyakitkan hati adalah pemandu tersebut datang tanpa meminta maaf malah terus masuk ke dalam kenderaan dan beredar seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan parking di laluan OKU.

“Saya dan hangin dan berpeluh tunggu nak turunkan abah ke jalan raya. Kena pusing jauh sikit guna jalan satu lagi untuk turunkan abah.”

“Masa dah tolak abah ke jalan raya, baru pemandu lelaki itu datang dengan rasa tak bersalah dan tak cakap minta maaf sebab susahkan kami kena pusing jalan,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dan menyelar tindakan pemandu tersebut apatah lagi dia masih mempunyai pelekat P (pemandu baharu) tetapi sudah mula berani melakukan perkara yang boleh menyusahkan orang ramai.

“Call PBT situ untuk towing, biar dia rasa. Kalau orangnya menunggu dalam kereta, boleh dimaafkan lagi. Tapi ini tinggal parking terus, ini punca kemarahan,” kata Pev Rider

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama malah menyifatkan orang sebegini bersifat mementingkan diri sendiri.

Antara komen warga maya:

“report ni boleh batal lesen”

“suami saya pakai kerusi roda pernah kena macam ni.. saya video kan, pastu ada customer lain bagitau owner kereta, dia cepat2 alih, takde pun minta maaf”


“ada sticker P lagi tu..”

“dia guna lesen terbang ke”


Video yang tular di laman TikTok:

@intanharithBethol lah org Cakap … Organ paling Mahal ialah OTAK …. sebab jarang Guna .. VIRAL KAN JE♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT