“Siapa tiada audi lemah” Haqiem Stopa ‘Koyak’ & Pertahankan Diri Selepas Disindir Dalam Live TikTok

Siapa tidak kenal dengan Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar , pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengan pemegang nama ini malah banyak diantaranya adalah negatif.

Terdahulu, namanya pernah menjadi bualan ramai apabila dia dikatakan tidak mempunyai lesen ketika ditahan dalam sekatan jalan.

Hal ini kerana ianya merupakan satu contoh yang tidak baik lebih-lebih lagi selepas dia dijemput datang ke sekolah untuk memberikan ceramah dan digelar sebagai ‘Ikon Permotoran Anak Muda’ oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal.

Baru-baru ini, dia kembali menjadi sebutan apabila dikatakan ‘koyak’ selepas dijadikan bahan lawak oleh netizen mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ceoawan, pada awalnya dia membuat Live di TikTok namun ruangan komen dipenuhi dengan sindiran dimana ramai yang menyindir pemuda berusia 22 tahun itu yang disaman sebanyak RM600 atas sebab dua kesalahan dilakukan semasa ditahan anggota polis.


Dek kerana sindiran yang bertali arus itu, air muka Haqiem dilihat berubah dan menutup rasa malunya dengan bertanyakan semula kepada netizen sama ada mereka mempunyai Audi sepertinya ataupun tidak.

Tindakannya yang dikatakan ‘mendabik dada’ itu bagaimana pun menjadi bahan gelak tawa netizen apabila netizen menyifatkan bahawa lebih baik ada lesen memandu daripada memiliki kereta Audi namun tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengatakan bahawa dia mampu untuk mempunyai Audi namun tidak mampu untuk membuat lesen yang hanya RM1000 berbanding dengan harga Audi.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan dia mempunyai kereta Axia sahaja namun tidak ‘lari’ ketika ‘roadblock’ dijalankan.

Antara komen netizen:

“tak apala, ada axia pon, ada lesen, ada roadblock tak lari”

“jual Audi ambil lesen”


“keta mahal, lesen 1k pon takleh ambil”


Video yang tular:

@ceoawan ingat anak muda .. AUDI tidak bawak mati pun🥶🥶 #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fypfyp #bismilahfyp #kecam #iconpemotoran #stopa #haqiemstopa #audi #viralvideo #viraltiktok ♬ original sound – Atif