Jenazah Terpaksa Diusung 13KM Dengan Berjalan Kaki Gara-Gara Tak Boleh Pinjam Ambulans

Sering kali kita lihat, apabila berlakunya kematian, jenazah dimasukkan dalam kenderaan khas untuk proses kafan dan pengebumian.

Pun begitu, baru-baru ini, Jenazah seorang wanita terpaksa diusung dengan berjalan kaki sejauh 13 kilometer gara-gara sebuah pusat kesihatan di Sulawesi Barat, Indonesia didakwa enggan meminjamkan ambulans mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan Regional Kompas, beberapa individu yang berjalan kaki mengusung jenazah tersebut.

Difahamkan, jenazah tersebut merupakan ibu saudara Fenny Tadius yang sebelum ini pernah dirawat di sebuah pusat kesihatan.

Pun begitu, tahap kesihatannya semakin merosot dan tenat serta ahli keluarga bersepakat untuk membawanya ke rumah.

“Maka kami meminta pihak kesihatan menghantar ibu saudara ke rumah sebab kami fikir sekiranya ibu bapa kami meninggal, tidak akan dihantar oleh ambulans. Hal ini kerana, ada satu kenyataan dari pusat kesihatan bahawa ambulans tidak akan menghantar jenazah”

Malangnya, nasib tidak menyebelahi mereka dan permintaan itu ditolak oleh pusat kesihatan terbabit.

Pada keesokkan harinya, wanita itu disahkan meninggal dunia di pusat kesihatan berkenaan dan ahli keluarga sekali lagi meminta kebenaran untuk meminjam ambulans bagi menghantar jenazah.

Namun, jawapan mereka masih sama dimana tidak membenarkan jenazah itu dihantar menggunakan ambulans dan menegaskan bahawa ambulans hanya digunapakai bagi membawa individu yang sedang sakit sahaja.

Susulan itu, Fenny dan keluarga terpaksa mengusung jenazah sejauh 13 KM dengan berjalan kaki.


Turut mendapat perhatian daripada ketua daerah Mamuju iaitu Sutinah Suhardu, beliau meluahkan rasa kesal dengan apa yang terjadi sekaligus mengarahkan semua pusat kesihatan menguruskan penghantaran jenazah.

“Ambulans boleh dipakai untuk menghantar jenazah sekiranya tidak ada kes kecemasan di pusat kesihatan. Insya Allah dalam waktu terdekat ini, kita akan menyerahkan 10 ambulans untuk keperluan penduduk.”

Video yang tular: